“Tunggu pengumuman bulan 9 ni, majlis bulan 11” – Uqasha Senrose

Uqasha Senrose merupakan seorang pelakon yang jelita dan sentiasa menerima pujian diatas lakonan cemerlang dan mantap beliau di dalam drama. Wajah pelakon tersebut juga sering oleh didambakan oleh ramai peminat beliau yang kagum dengan kejelitaan yang beliau miliki. Namun hati pelakon jelita ini sudahpun dimiliki apabila menerima lamaran yang dilakukan secara langsung oleh pelakon Kamal Adli ketika Anugerah Meletop Era pada bulan Disember tahun lalu.

Baru- baru ini Kamal Adli dan Uqasha Senrose telah mengumumkan bahawa pernikahan mereka berdua terpaksa ditangguhkan ekoran pengumuman daripada kerajaan yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran peningkatan k3s cvd.

Pasangan tersebut juga reda dengan keputusan itu walaupun persiapan majlis perkahwinan mereka telahpun hampir selesai. Dedah Kamal lagi, jika mengikut perancangan sebenar mereka berdua, sepatutnya majlis akad nikah dan bersanding telahpun diadakan sekitar pertengahan bulan Jun yang lalu.

Namun disebabkan PKP yang dilaksanakan kerajaan, majlis mereka berdua terpaksa ditangguhkan. Mereka berdua juga tidak mempunyai tarikh baru kerana ketika ini semuanya bergantung kepada keadaan.

Sekian lama para peminat menantikan pasangan ini untuk melangsungkan perkahwinan, akhirnya semasa sesi siaran langsung di Instagram yang di lakukan oleh jurusolek Datuk Alha Alfa bersama Uqasha, pelakon Rindu Separuh Nyaawa itu telah mendedahkan bahawa beliau dan Kamal di jangka bakal bernikah pada bulan November.

Walaubagaimanapun Uqasha meminta para peminat untuk menunggu pengumuman secara rasmi daripada mereka pada bulan September nanti.

https://www.instagram.com/p/CTHz9VGBMDW/?utm_medium=share_sheet

Rakaman pendek sesi siaran langsung tersebut telah dikongsikan semula oleh Instagram peminat pasangan ini. Pasangan itu sebelum ini mendedahkan bahawa mereka berdua sebolehnya tidak mahu mengadakan majlis secara ala kadar demi memenuhi impian majlis pernikahan mereka berdua dan mahu majlis berkenaan dapat diraikan oleh keluarga dan sahabat. Tambahan pula majlis perkahwinan berkenaan bakal menjadi kenangan manis buat mereka berdua.

Ternyata berita yang dikongsikan oleh Uqasha ini menggembirakan para peminat mereka berdua yang menantikan hari bahagia pasangan ini sejak lamaran yang di buat oleh Kamal Adli terhadap Uqasha semasa di anugerah Meletop Era sekitar Disember tahun lalu.

Berikut dikongsikan komen- komen yang ditinggalkan oleh para peminat pasangan ini terhadap pendedahan yang di buat oleh Uqasha itu.

Bercakap mengenai persiapan majlis perkahwinan, di sebabkan perancangan awal adalah pada bulan Jun yang lalu mereka berdua sudahpun selesai membuat persiapan berkenaan.

Malahan Uqasha sebelum ini pernah merakamkan gambar pra perkahwinan sambil menggayakan beberapa barangan kemas mewah Habib Jewel.

Foto – foto pra perkahwinan tersebut mendapat perhatian meluas netizen kerana kejelitaan Uqasha yang begitu menyerlah. Semoga urusan pasangan ini untuk mendirikan majlis pada bulan November nanti dipermudahkan dan tiada lagi halangan. Tahniah buat Uqasha dan Kamal.

Sumber : Instagram inaijari

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!