“Angah ni mesti belajar tebar dgn Wahid Senario kan haha” – Netizen

Semua orang pasti tahu betapa happening nya geng-geng budak Era, mana taknya, semua jenis masuk air belaka. Seronok sangat kalau dapat team sebegitu, selalu ada je idea yang melawakkan. Dari corong radio pun, kita dah tahu betapa happening nya mereka, belum lagi jika kita betul-betul berada di konti bersama mereka. Betul tak ?

Tiap hari, ada saja moment lucu bersama team Era ni, lebih lagi klau tetamu jemputan sejenis yang masuk air juga, tapi kalau dah bertemu dengan geng Era ni, auto ketawa tak berhenti lah. Banyak ragam. Terhibur sokmo.

Baru-baru ini, ada dimuat naik video team Era yang duduk berkumpul melihat Angah  yang sibuk menebar adunan tepung untuk membuat roti canai . Tak dinafikan bahawa aktviti menebar adunan tepun agak asing dilakukan di konti.

Katang Angah nak bagi diorang makan. Lawak sangat tengok aksi diorang semua. Duk pakat bising-bising puji Angah yang sibuk tengah tebar tu.Pun begitu, masih ingat tak scene lawak tebar roti canai dalam sebuah movie ketika dahulu.

Ramai yang mengimbau kembali scene Wahid dalam movie Scenario menebar roti canai. Kalau cakap pasal scene ni, sudah pasti masih mekar di ingatan korang tentang movie ni. Tak payah cakap lah, pasti auto akan terbahak-bahak gelak.

Mana taknya, movie tu famous kot zaman dulu. Kalau tengok roti canai pasti akan teringat scene Wahid tu. Tapi, kalini Angah pula yang jadi tukang tebar menggantikan Wahid. Tak sangka juga ye sehebat itu. Tapi, untuk pengetahuan, beliau memang pandai memasak.

Rata-rata netizen sangat terhibu dengan aksi Angah yang menebar adunan tepun tu. Ada ke patut buat roti canai dalam bangunan konti tempat kerja. Lawak betul lah, yang rakan di tepi pun sibuk duk order. Kecoh dibuatnya.

Adoi, sangat melucukan. Pun begitu, tak sangka juga ya Angah ada bakat dalam buat roti canai. Biasa nya bila di Kedai Mamak je, tapi kalini boleh makan fresh hasil air tangan Angah, Betul tak gitu ? Dekat situ pun turut ada kuali untuk memasak.

Pun begitu, tak dinafikan bahawa scene Wahid itu masih diingat sampai ke hari ini. Punyalah famous movie tu kan, sampai orang semua throwback. Semoga lebih banyak lagi ragam-ragam lucu team Era, seronok kan ada team yang sporting macamtu.

Sumber : Ig Era.je

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!