“Tapi i gm0k tau, i bur0k, you sayang i” – Datin Almy Nadia

Biasa bukan kalau orang bercinta lazimnya akan sering bertanyakan pasangannya sama ada dirinya benar-benar dicintai oleh k3kasih hati. Begitupun bukan hanya mereka sedang bercintan-cintun saja sedemikian ya… ramai juga yang dah mendirikan rumah tangga mempunyai perangai sama, cuma mereka tak mahu menunjuk saja. Lihatlah pasangan suami isteri, pelakon, Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia ini.

Kepada sesiapa biasa mengikuti gelagat pasangan bahagia ini memang akan perasan Almy antara yang gemar bertanya dengan suaminya itu sama ada dirinya dicintai. Sudah tentulah jawapan Fizz ‘ya’.

Kali ini Almy menguji lagi dengan pertanyaan sama iaitu adakah suaminya itu tetap sayang biarpun dirinya gemvk. Dan jawapan sama diberikan. Menariknya katanya, ‘kalau isterinya itu kurvs, dia akan ditinggalkan’ pula.

Boleh pulak ramai-ramai netizen di ruangan komen hantaran Almy itu bersetuju dengan jawapan Fizz. Bahkan ramai yang mengakui itu jualah jawapan diberikan pasangan masing-masing jika ditanya soalan sama.

“Kalo u kvrus u tinggalkan i….. Win…”, “mcm ayat laki aku jaaaa… biaq la x elok.. nak elok nk tunjuk kt sapa.. nanti klau elok hang tinggai aku jemmm nanti dia kata”, “ ala sama la dgn laki Kite … semoga akak Amy dgn en Fizz berbahagia ke jannah amin”, “Gemvk boleh kvrus xde masalah”.

Itu antara kata netizen. Apa pun ramai tumpang gembira melihat gelagat mereka berdua. Apatah lagi tidak seperti kebiasaan watak dibawanya di layar perak, Fizz tampak garang dan serius.

Tidak dalam perkongsian hantaran dia dan Almy, nampak sisi romantis dan lucu Fizz yang sering berjenaka dengan isteri tersayang. Selalu ketawa besar Almy dibuatnya. Kita mendengar pun boleh tersenyum.

Menariknya dek aksi dan perkongsian bahagia selalu ditonjolkan suami isteri yang dikurniakan tiga cahaya mata dan seorang anak angkat ini, tak kurang netizen mendoakan agar kasih sayang dan kebahagiaan mereka terus mekar.

Untuk info, Fizz memulakan kerjaya awal sebagai pelagak ng3ri, kemudiannya beralih ke lakonan profesional dengan Dua Hati. Namanya mula dikenali selepas memegang watak Aidil dalam drama bersiri Nur Kasih gandingan bersama Tiz Zaqyah.

Sebelum ini, Fizz sendiri pernah ditanya media akan pandangannya tentang isterinya yang naik berat badan jika dibandingkan dengan zaman anak dara yang agak jauh berbeza, kata Fizz yang penting tidak menilai orang dari zahirnya tetapi lihat batinnya. Huh bagus kan…

Sumber : IG Almy Nadia

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!