“Yang ni aku sokong, bagus jaga anak mcm dr4h daaging sendiri” – Netizen

Jujurlah mengakui bukan mudah mendidik dan membesarkan seorang anak kecil jika tidak berniat memeliharanya dari lubuk hati yang mendalam. Mereka yang berhasrat menjaga si comel apatah lagi yang masih ‘merah’ dek baharu keluar dari rahim ibu bukan setakat perlu kecukupan dari segi kewangan, tetapi kasih sayang dan perhatian juga haruslah tidak lokek seperti oleh selebriti, Ahmad Iqbal Zulkefli ini.

Berkongsi wajah terbaharu anak angkatnya, Ahmad Ziyad, Iqbal menunjukkan videonya keluar bersama si kecil itu untuk membeli barang rumah berkata, perkongsiannya kali ini memperlihatkan sisi diri sebenarnya.

Di kapsyennya, coret Iqbal dirinya sama saja melakukan kebiasaan seperti orang biasa yang suka membandingkan harga lauk mana yang murah dan memilih sendiri barangan rumah.

Apa pun katanya, dia tetap selesa dengan watak nakalnya meskipun ramai yang memerhati. Antaranya, Iqbal suka bergurau senda dengan staf kedai. Di akhir kapsyennya Iqbal bertanyakan sama ada bolehkah dia terus kekalkan perwatakannya.

Apa tidaknya barangkali Iqbal rasa ragu-ragu kerana antara sisinya yang masih ramai tak tahu adalah sedikit nakal dan lucu seperti perkongsian videonya itu ketika di luar. Dia juga meminta pendapat netizen sama ada ‘watak’nya itu sesuai dengan imejnya sebagai seorang ahli bisnes?

Begitupun tak kurang netizen memberikan respons di hantarannya itu yang menyifatkan sebaiknya Iqbal menjadi dirinya sebenar tanpa perlu berubah kerana orang lain. Lebih dikagumi sifat kebapaannya yang jelas ketara.

Apa tidaknya, di saat pemuda lain seusianya sibuk mencari rezeki dan berlibur dengan rakan bujang, tetapi pemuda berumur 26 tahun ini memilih jadi macam ‘orang rumah’ yang seperti punya anak isteri.

“Kekal kan aje perwatakan sekarang..harini dan selamanye.. Time serius bisnes is bisnes.. Time bersama keluarga bergelak ketawa is priceless..”, “Great to hear what u have been doing..keep it up..Masya Allah baby nya..”, “Yg ni aku sokong bro… Bagus jaga anak mcm d4rah daging sendiri… Gembira baby tu”.

Itu antara komen netizen. Menariknya ramai juga memberikan komen tentang riak muka Ziyad yang nampak ceria bersama bapanya itu. Bahkan ada yang tak sangka Iqbal berperwatakan sedemikian. Sporting…

Apa pun ramai melihat usahawan yang juga bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida ini seorang yang bertanggungjawab, apatah lagi mahu menggalas tugas sebagai seorang bapa. Bukan semua sanggup bukan?

Sumber : IG Ahmad Iqbal Zulkefli

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!