“Tang korus habis semua terbuntang mata terkeejut”- Netizen

Jep Sepahtu merupakan seorang pelawak, pelakon dan penyampai radio.  Jep atau nama sebenar beliau Muhd Nadzri Zainal Abidin mula mencungkil bakat menerusi program Raja Lawak musim ketiga bersama Shuib dan Mamat. Mereka bertiga menubuhkan kumpulan Sepah dan menjuarai pertandingan Raja Lawak berkenaan pada tahun 2009. Bagaimanapun mereka bertiga akhirnya berpecah. Jep dan Shuib kemudiannya menubuhkan kumpulan Sepahtu.

Jep juga menjadi penyampai radio di Sinar FM untuk segmen Pagi di Sinar bersama Rahim dan Angah yang sebelum ini dikenali sebagai Sepahtu Sinar.

Menyingkap kehidupan peribadi beliau, Jep telah menamatkan zaman bujang bersama pelakon Sariyanti. Mereka berdua berkenalan semasa berlakon bersama menerusi siri komedi JKK Kampung Kalut.

Sebagai rekod pasangan Jep dan Sariyanti telah mendirikan rumahtangga pada Feb 2017 dan hasil perkahwinan tersebut beliau dikurniakan seorang anak perempuan, Dariya Inara pada April 2018 dan Muhammad Khaidir pada Jun 2020 dan Abu Bakr pada Mei 2021.

Sebelum berkahwin dengan Jep, Sariyanti sebelum ini telahpun mempunyai 2 orang cahaya mata lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Barr Al-Aliy dan Baasit Al-Haq. Bagaimanapun jodoh beliau tidak panjang apabila membuat kepuutusan untuk b3rc3rai pada Disember 2014.

Jep yang juga kini bertugas sebagai seorang penyampai radio di stesen radio Sinar, mengikuti jelajah bola Sinar ke Stadium Darul Aman.

Menerusi perkongsian terbaru Jep di Instagram, beliau memuatnaik satu video beliau sedang bernyanyi karaoke ketika di dalam bas dalam perjalanan menuju ke Kedah.

Beliau dengan santai menyanyikan lagu tersebut bagaimanapun ketika beliau menyanyikan bahagian korus yang mempunyai nada yang agak tinggi, suaranya yang nyaring mencuit hati netizen memandangkan ketika itu para penumpang yang lain sedang lena di tempat duduk masing-  masing.

Perkongsian video Jep tersebut sehingga kini menerima 26294 tanda suka. Sariyanti juga tidak ketinggalan meningg4lkan komen di perkongsian video berkenaan apabila risaukan suaminya itu berkemungkinan akan mendapat batuk sekiranya menyanyi tanpa henti di dalam bas.

Suara Jep yang bergema di dalam bas berkenaan ketika menyanyikan bahagian korus lagu dengan bersungguh- sungguh membuatkan para pengikut akaun Instagram beliau merasa terhibur melihatkan gelagat pelawak berkenaan.

Menjengah keruangan komen pula, netizen juga turut mengusik pelawak berkenaan dengan pelbagai komen lucu. Berikut di kongsikan komen – komen netizen.

Jika sudah namanya pelawak, ada sahaja gelagat mereka yang menghiburkan hati dan membuatkan orang sekeliling tidak kering gusi melayan aksi lucu beliau. Semoga urusan jelajah bola pasukan Sinar nanti melawan pasukan Kedah di permudahkan ya Jep.

Sumber: ig jepsepahtu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!