“Fattah Amin pun dh pandai melawak dah”- Netizen

Program lawak yang bersiaran saban tahun di saluran Astro iaitu Muzikal Lawak Superstar kini sudah pun masuk minggu ke 8. Muzikal Lawak Superstar masih mengekalkan siarannya sebelum ini iaitu setiap hari Jumaat pada jam 9 malam. Program lawak yang masih lagi mengekalkan hadiah wang tunai lumayan itu kali ini di barisi beberapa muka baru dan bergandingan dengan pelawak senior demi membentuk kumpulan lawak baru.

Program berkenaan bagaimanapun membuat kelainan kali ini apabila menjemput Siti Saleha sebagai juri namun masih mengekal Dato Awie dan Najib Al bagi memberikan komen dan penilaian buat para peserta pada tahun ini.

Bersiaran pada minggu ke lapan, setiap kumpulan perlu membuat persembahan dengan bergandingan bersama artis jemputan.

Kumpulan yang mendapat perhatian netizen tahun ini iaitu kumpulan Ubi, bagaimanapun telah menjemput pelakon Fattah Amin bagi memeriahkan persembahan mereka. Kumpulan Ubi terdiri daripada Sharif Zero, Fad Bocey dan juga pendatang baru Namiey.

Mengangkat filem Mat Kilau dalam persembahan mereka, kumpulan Ubi membawa kembali watak- watak yang pernah di persembahkan pada minggu pertama dimana Sharif mendukung watak sebagai Mat Kilau.

Menerusi Instagram gempak, satu video telah di muatnaik yang memaparkan sedikit sedutan persembahan kumpulan Ubi malam tadi. Video berkenaan telah mendapat sebanyak perhatian warganet.

Istimewanya dengan kehadiran Fattah yang merupakan salah seorang pelakon filem Mat Kilau sendiri, beliau melakonkan kembali watak sebagai Awang di atas pentas lawak tersebut bersama kumpulan Ubi.

Hasil daripada persembahan yang sangat menghiburkan itu, kumpulan Ubi mendapat markah yang agak memberansangkan daripada para juri. Lakonan yang bersahaja daripada Fattah juga menyerlahkan bakat lawak pelakon Hero Seorang Cinderella itu.

Menjengah keruangan komen, ramai netizen yang terhibur dengan sketsa kumpulan berkenaan. Mereka juga tidak menyangka Fattah mampu untuk berlawak dan sangat membantu dalam persembahan kumpulan tersebut.

Fattah sebelum ini di kenali kerana sering memegang watak sebagai peneraju utama drama percintaan rupanya boleh membuat lawak dengan baik dan bersahaja.

Berikut merupakan antara komen- komen yang di tinggalkan oleh warganet terhadap persembahan lawak Fattah bersama kumpulan Ubi malam tadi.

Banyak respon positif terhadap penampilan Fattah dalam program komedi Muzikal Lawak Superstar kali ini. Netizen juga tidak menyangka Fattah boleh berlawak dengan baik. Good Job daddy Fatima.

Sumber: ig Fattah amin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!