“Belajar ballet dgn Alisa ke Hairul haha”- Netizen

Nama Hairul Azreen tidak lagi asing dalam kalangan peminat filem tanah air. Banyak sangat filem yang telah dilakonkan oleh beliau. Tak kiralah filem atau drama aksi, komedi sekalipun. Memang selalu sangat dibintangi oleh beliau. Berbakat betul, semua genre beliu boleh masuk, inilah yang dinamakan dengan pelakon handal.

Begitu juga dengan Zizan Razak. Semua genre mereka berdua blh lakonkan dengan begitu hebat sekali. Tapi, kalau Zizan ni, biasanya memang movie komedi, memang aka nada beliau lah, tengok muka pun dah tahu lawak.

Filem Abang Long Fadil 3 yang dibintangi oleh Zizan Razak sudah pun mula ditayangkan pada 8 September ini. Pada hari pertama tayangan nya sudah pun mencecah jutaan ringgit. Yelah, kalau korang tonton siri pertama dan kedua, pasti dah tahu betapa syok nya movie ni.

Filem yang bergenre aksi komedi sebegini memang sangat disukai ramai, terutamanya bila tahu ada banyak elemen lucu, dan siri kali ini lebih ramai pelakon terkenal dan ternama yang turut membintanginya.

Dah namanya pun aksi komedi, sudah semestinya lah akan ada banyak scene lawan-lawan, dan juga banyak scene lucu nya. Bila time lawan tu, pasti akan ada juga elemen yang lucu ditambah pada scene tersebut kan, berlawan sambil ketawa.

Ada dimuat naik video oleh Hairul Azreen, yang kononya pada awalnya sangatlah serius, sebab ada scene lawan-lawan. Mula-mula tu, scene sewaktu Zizan yang sedang serius, yelah dah nama pun filem aksi kan. Kena acah-acah serius sikit.

Tapi, lain pula jadinya selepas itu, selepas video terus bertukar kepada scene Hairul dan Zizan yang sedang berlatih berlaawan, Terus keluar lagu jedag jedug dangdut nya. Terbahak-bahak kita yang menonton video tersebut.

Dari nak berlawan, terus mereka berjoget. Goyang-goyang dah badan tu macam penari. Adoi, tak pernah serius eh diorang ni. Nak pula bila dah bergadung tu, memang ada sajalah lawak nya, tak perabis buat lawak.

Sebabtulah, netizen mengatkan bahawa mereka ni, semua genre boleh masuk. Filem aksi boleh masuk, filem komedi pun boleh. Berbakat sangat. Tak lama lagi movie Zizan sebagai watak bapa pula akan ditayangkan. Memang berbakat ya mereka ni.

Sumber : Ig Hairulazreen

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!