“Cik B pinjam cincin tu, nak buat rumah” – Netizen

Bukan saja mak, anaknya pun kalau dah bergaya bukan kaleng-kaleng. Apa pun memang padanlah wang ringgit yang ada dengan barangan dipakai dan disarung tuan punya badan. Itu yang boleh dilihat pada salah seorang anak kesayangan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) yang juga baharu berjinak-jinak di bidang lakonan dikenali dengan panggilan manjanya, Cik B ini.

Lihatlah perkongsiannya tentang barangan dan busana dikenakan di tubuhnya. Baju hoody cap Di0r, RM14,400; ikatan dilehernya, RM1,750; kasut jenama sama, RM5,300. Ada lagi…

Paling lumayan harga jam tangan Cik B, jenama Chopard, RM530,000 hamek kauuu… Cincinnya saja RM105,000. Huh.. memang betul-betul have-have Cik B ni. Sampaikan ada ‘mahu’ cincinnya nak buat beli rumah.

“Alhamdulillah.. tak dpt beli, tengok cik b pakai pun boleh lah”, “padu cikB ”, “Belanjo la sini retek cik b”, “Alhamdulillah rezeki cik b”, “Alhamdulillah. Kita cukup mkn pun dah bersyukur beli barang bundle je. Untung adik comel…Cik B”. Itu antara komen netizen.

Sempat adiknya yang dikenali dengan nama Kacak yang juga anak DSV memuji Cik B dengan mencoret di ruangan komen hantaran kakaknya itu, membayangkan yang dia seorang yang hebat.

Tak kurang yang menyifatkan memang bertuah sungguh Cik B. Apa pun sudah rezeki tertulis buatnya. Allah kan Maha Adil. Buat netizen di luar sana tak perlu cemburu, ada rezeki kita semua ditentukanNya.

Dalam pada itu, ramai juga yang teruja akan cincin Cik B yang tak berjenama pun ‘bapak’ boleh tahan harganya. Menariknya ramai memuji, begitupun Cik B dilihat sebagai seorang yang humble saja. Ada pula rasa sebaliknya.

Yalah.. umum maklum, lazimnya tatkala seseorang itu dilimpahi dengan kemewahan melimpah-ruah sedikit sebanyak biasa nampak ada yang ‘hidung tinggi’ mahupun menunjuk-nunjuk. Tapi tak tahulah Cik B, harap taklah.

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 17, rupanya seorang yang gemar menghasilkan video kreatifnya sendiri hingga mempunyai ramai pengikut di Instagramnya.

Menarik tentang Cik B ialah dia menggalas tugas sebagai CEO sejak usianya 14 tahun. Biarpun ibunya usahawan kosmetik, dia nampaknya kurang gemar bergaya feminin, sebaliknya peminat lagu rap ini lebih suka tampak sempoi dengan imej tersendiri.

Sumber : IG Cik B

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!