“You nampak geram tp sebak dlm masa sama” – Netizen

Penyanyi Naim Daniel atau nama sebenar beliau Muhammad Naim Daniel Baharin berkata hati beliau cukup tersentuh dengan gerakan bendera putih yang tular dalam negara baru-baru ini. Enggan berpluk tubuh dengan situasi getir yang melanda negara, penyanyi berkenaan kemudiannya melancarkan misi foodbank setelah mendapati bantuan makanan dan barangan keperluan masih belum ada disebuah stesen minyak yang dikunjungi beliau.

Inisiatif tersebut dirasakan perlu memandangkan pelbagai isu mengenai keluarga yang terputus bekalan makanan dan memerluukan bantuan kerap kali dipaparkan di media masa semenjak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini.

Niat penyanyi berusia 24 tahun itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk membantu meringankan beban golongan yang terjejas dan demi kelangsungan kehidupan orang lain. Urusan Naim dipermudah apabila pemilik stesen minyak memberikan keizinan kepada pelantun lagu Sumpah itu untuk meneruskan niat baik beliau mewujudkan foodbank di stesen minyak itu.

Tanpa berlengah, Naim bersama rakan terus ke pasaraya berdekatan untuk membeli barangan harian dan keperluan asas seperti lampin pakai buang, sardine, gula, minyak, tepung, garam, biskut dan beberapa lagi barangan keperluan lain.

Beliau turut bercadang untuk mewujudkan foodbank di setiap stesen minyak demi memudahkan orang ramai mengambil makanan dan barangan keperluan. Naim juga berkata beliau akan cuba perbaiki sistem foodbank yang diusahakan olehnya itu dari masa kesemasa.

Aktif berinteraksi dengan para peminat di instagram, beliau juga turut berkongsi misi foodbank yang dijayakannya itu menerusi beberapa gambar yang dimuatnaik sebagai hebahan kepada orang ramai yang memerluukan bantuan. Naim juga turut mendapat idea dan juga cadangan beberapa barangan keperluan lain daripada para pengikut akaun instagram beliau.

Menerusi muatnaik terkini di instagram, Naim berkongsi sebuah video yang sarat dengan mesej dimana beliau tujukan mesej berkenaan kepada orang ramai serta pihak bertanggungjawab yang turut menyumbang kepada kess harian yang naik mendadak sehingga 11,000 k3s kelmarin.

Dalam nada cukup sebak Naim menyuarakan rasa kecewa dan geram beliau dengan situasi semasa yang berlaku memandangkan perlaksanaan PKP yang berlanjutan hampir 2 bulan ini masih belum menunjukkan penurunan ketara. Malahan terdapat jumlah peningkatan angka k3s terbaru sehingga mencecah 11 ribu.

https://www.instagram.com/p/CRQpZODBM7x/?utm_medium=share_sheet

Menurut Naim lagi, orang ramai sedia maklum perkara yang diperlu dilakukan terhadap sektor-sektor tertentu, di mana ada beberapa sektor yang perlu ditutup dan boleh dibuka sepanjang PKP namun sebaliknya berlaku. Naim juga meminta orang ramai agar celikkan mata juga hati memikirkan sejenak situasi kriitikal yang sedang melanda negara.

Beliau juga turut menzahirkan rasa penuh simpati terhadap para petugas barisan hadapan yang sekian lama berpenat lelah sejak PKP pertama lagi dan terus bertungkus lumus untuk mengekang kess cvd demi keselamatan negara.

Naim menyifatkan mereka yang tidak mengendahkan keadaan semasa cvd ini sebagai pnzaalim malahan mereka juga pmbuuli para petugas barisan hadapan negara. Rasa kecewa Naim itu diluahkan dengan penuh perasaan sehingga terkesan kepada para netizen yang mendengar.

Suara lantang Naim meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap situasi semasa yang berlaku turut mendapat reaksi yang sama daripada para peminat dan pengikut akaun instagram beliau.

Video yang dimuatnaik oleh Naim itu sehingga kini telah meraih sehingga 182 ribu tontonan dan 519 komen. Antara komen yang diterima oleh naim adalah seperti berikut.

“Speeechless, kecewa sedih tak terucap dengan kata. Tak tahu sampai bila. Semoga Allah sentiasa lindungi kita. Sesungguhnya hati dan diri ni dah penat dengan dugaan dunia, penat dengan sikap tamak haloba yang diatas sana.” – Netizen

“Enth lh dh lma duduk umh tpi k3s x turun itu kerajaan ckp nk alih fasa ke 4 kne k3s rendh. Hri Demi hri menghitung angka dn hri demi hri menghitung nsib. Dh lh bru hbis spm. Kerja x smpai tiga buln dh di berhnti kn bukn saya je kwn II yg lain pon.

Skrg ni hrp kn ayh je sbb skrg ayh je kerja mk pon skrg x kerja sbb tmpt kerja tutup.ingt bila umur ayh ni dh msuk 50 ayh berehat tpi still cri rezeki untuk ank II dn bini mkn.

Rse sedih sbb saya sebagai ank blom mmpu untuk bgi mk ayh rasa kerja kers dn duit ank dia. Hnya skli je mereka rasa. Smpai bila pon x thu lh nsib rkyt Malaysia mcm ni” – Netizen

Walaupun dalam usia yang masih muda namun Naim Daniel merupakan antara artis yang cukup matang dan telah memberikan pengaaruh yang baik kepada para peminat beliau.

Beliau sentiasa menggunakan platform media sosial untuk menyebarkan kebaikan dan menggunakan pengaaruh artis demi memberikan kesedaran kepada orang ramai. Mudah-mudahan lebih ramai yang terbuka hati untuk patuh SOP selepas ini.

Sumber : Instagram naim daniel

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!