“Ayyo org mcm ni xle wat jiran. Dpn kemain manis mulut, blkg busuk jgk ya” – Rita Rudaini

K3s jangkitan c0v1d di Malaysia yang dilaporkan semakin naik mencanak saban hari membuatkan masyarakat semakin gelisah dan risau. Salah satu cara lain untuk menurunkan k3s jangkitan c0v1d selain daripada mengamalkan SOP dan mengikuti langkah pencegahan yang disarankan kerajaan adalah dengan mengambil 5untik4n v4k5in. Bagi menyebarkan kebaikan 5untik4n v4k5in itu artis dan golongan selebriti di galakkan menggunakan pengaaruh mereka demi menyebarkan kebaikan 5untik4n v4k5in berkenaan.

Bagaimanapun buat pelakon Rita Rudaini perkara sebaliknya berlaku apabila perkongsian beliau mengenai air rebusan herba untuk kesihatan dan meningkatkan antib0di telah disalah erti sebagai anti v4k5in oleh seorang individu yang dipercayai jiran beliau sendiri.

Individu yang dipercayai jiran Rita itu telah mengemaskini perkongsian di twitter meminta para pengikutnya cuba meneka jiran beliau yang merupakan seorang anti v4k5in.

Dalam ciapan itu juga menyatakan bahawa beliau telah berjiran dengan 2 orang pelakon yang sering menyebarkan dakyah agar merebus bunga cengkih demi mengelakan c0v1d malahan mengatakan c0v1d adalah ilum1nati.

Tidak berdiam diri, Rita telah tampil memberikan penjelasan panjang lebar dengan menempelak kembali individu berkenaan terhadap kenyataan dibuat di twitter.

Rita meluahkan rasa amarah terhadap sikap dan perilaku jirannya itu kerana tidak melambangkan perwatakan luaran beliau sebagai mslimah.

Rita juga berkata dirinya tidak pernah mengakui bahawa beliau adalah anti v4k5in dan mempertikaikan kenyataan dibuat jirannya itu kerana tidak berjumpa beliau secara berhadapan malahan menulis status berkenaan Rita di twitter.

Tidak cukup dengan itu, Rita juga turut meminta bukti tuduhan jirannya yang mengatakan beliau adalah anti v4k5in kerana tuduhan berkenaan amat berat dilemparkan individu terbabit terhadap dirinya.

Rita juga telah menyertakan bersama video tips yang diberikan oleh seorang pakar motivasi mengenai pengambilan air rebusan herba untuk kesihatan.

Ruangan komen di instagram Rita juga dipenuhi komen yang menunjukkan rasa terkejut dan kecewa apabila para peminat agak sukar mempercayai tindakan individu berkenaan.

Ini kerana individu itu yang sebelum ini mempunyai imej yang bersih namun tiba-tiba boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian terhadap Rita Rudaini. Berikut dikongsikan komen netizen.

Beberapa hari lepas menyaksikan orang ramai merasa hampa dan kecewa apabila proses pendaftaran v4k5in tidak berjalan dengan lancar. Ekoran itu ramai meluahkan rasa tidak berpuas hati kerana tidak dapat mendaftarkan diri sebagai penerima v4k5in berkenaan.

Berkemungkinan besar ramai yang sudah terlalu sensitif dan penat dengan perkara ini sehingga mudah menimbulkan salah faham antara satu sama lain. Bertabah lah Rita, semoga hubungan yang keruh antara Rita dan individu berkenaan kembali jernih semula nanti.

Sumber : Instagram rita rudaini

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!