“Sweetnya Dato K suap semua sekali anak menantu” – Netizen

Dato Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra di sapa sebagai Tokti merupakan seorang penyanyi dan usahawan terkenal di Malaysia. Tokti telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohd Jiwa sekitar tahun 2006. Buat yang tidak tahu, Datuk Khalid merupakan seorang usahawan dan pengerusi SimplySiti Sdn Bhd. Beliau juga pengasas kepada Yayasan Nurjiwa.

Datuk Khalid pernah mendirikan rumahtangga dengan Tengku Zawyah Binti Tengku Izham dan memiliki empat orang anak lelaku iaitu Muhammad Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf da Muhammad Aazief.

Sementara itu, perkahwinan Datuk Khalid atau lebih di kenali sebagai Datuk K bersama Tokti pula dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia 4 tahun dan Muhammad Afwa yang kini berusia 1 tahun.

Anak- anak Datuk K daripada perkahwinan terdahulu juga sudah berkahwin dan mempunyai isteri yang merupakan pelakon wanita yang cukup terkenal di Malaysia.

Datuk K mempunyai pengalaman berumah tangga dan membesarkan anak menerusi perkahwinan yang sebelumnya, sudah tentu pengalaman sebelum ini banyak membantu beliau dalam memberikan nasihat serta bimbingan buat anak- anaknya pula.

Malahan cara layanan Datuk K terhadap Tokti juga cukup di kagumi oleh para peminat mereka. Selama pasangan ini mendirikan rumahtangga, hampir tiada kontroversi atau cerita yang kurang enak mengenai rumahtangga mereka.

Keharmonian rumahtangga Tokti dan Datuk K juga sering menjadi inspirasi para peminat. Terbaru menerusi satu video yang di kongsikan di Instagram radio Sinar, satu video yang merakamkan kenangan keluarga Datuk K dan Tokti menjamu selera di sebuah restoran telah di kongsikan.

Video yang di kongsikan tersebut memaparkan Datuk K menyuapkan Tokti serta anak- anak dan menantu perempuan sambil menasihati anak- anaknya untuk melayani isteri mereka dengan baik.

Menurut Datuk K, sebagai suami kita perlulah menjaga isteri dengan baik. Suami juga perlu mengutamakan isteri sebagai contoh memberikan isteri makan dahulu berbanding diri sendiri.

Sikap Datuk K yang sangat penyayang terhadap isteri dan anak menantu sangat menyerlah menerusi video berkenaan.

Rata- rata netizen memuji cara Datuk K melayani isteri, anak dan menantu perempuan dengan baik.

Netizen juga merasa menantu perempuan Datuk K cukup bertuah di kurniakan bapa mertua yang penyayang dan baik. Jom baca apa kata netizen.

Tidak hairanlah perkahwinan Datuk K dan Tokti masih lagi terus bertahan sehingga ke hari ini. Malahan kehidupan bahagia pasangan berkenaan juga cukup menggembirakan para peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka selama ini.

Terharu betul tengok layanan Datuk K terhadap isteri, anak dan menantu beliau. Bertuah sungguh Izara Aisyah dan Tya Ariffin dapat layanan yang sangat baik daripada bapa mertua yang penyayang. Jarang nampak bapa mertua suapkan makan anak menantu macam Datuk K.

Sumber: ig sinar my

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!