“See even ada Lambo, Kancil tetap pilihan no 1″- Netizen

MUA Bellaz atau pemilik nama sebenar Nur Nabila Zulyadaini dikenali ramai kerana bakat solekan yang dimiliki oleh beliau. Wajah Bella yang berketurunan Turki Melayu ini kini kerap menghiasi media sosial yang terinspirasi dengan kejayaan dan sikap tidak puutus asa yang dimilikinya. Menurut Bella minat terhadap bidang solekan muncul setelah melahirkan anak pertamanya.

Nama beliau juga tular kerana kepetahan beliau sewaktu sesi siaran langsung berinteraksi bersama para peminat beliau sambil memaparkan gaya solekan buat para pengikut selama ini.

Sebelum berjaya seperti hari ini anak jati Kedah itu juga sebelum ini pernah melalui episode duka apabila menerima pelbagai kecaman yang mengkritik hasil solekan beliau.

Meskipun ada yang kurang senang dengan beliau, namun ianya tidak pernah memudarkan semangat wanita ini untuk terus berusaha demi keluarga tercinta. Ibu kepada 4 orang anak yang mesra di sapa dengan nama Bella itu kian di kenali sebagai seorang pemp3ngaruh media sosial dalam bidang solekan yang kini bergelar jutawan.

Mulutnya yang gemar berceloteh semasa membuat siaran langsung solekan membuatkan para netizen cukup terhibur mengikuti gelagat beliau.

Menerusi perkongsian terbaru Bella di Instagram, jurusolek tersohor berkenaan berkongsi satu video yang memaparkan beliau memandu kereta kancilnya pulang daripada sesi bergambar atau ‘ootd’.

Mulutnya tak henti berceloteh meskipun sedang memandu kereta kancil tersebut sehingga sampai di halaman rumah beliau.

Menjengah keruangan komen, para pengikut akaun Instagram beliau terhibur melihat gelagat jurusolek tersebut berceloteh sambil memandu.

Netizen juga kagum dengan sikap merendah diri Bella yang masih memandu kereta kancilnya itu dan kurang gemar menunjukkan kekayaan walaupun kini sudahpun bergelar jutawan dan memiliki sebuah kereta import.

Ada juga netizen yang bertanya mengenai transmisi kereta kancil berkenaan samada kereta kancil tersebut manual atau auto. Jawab Bella di ruangan komen kereta kancilnya itu merupakan kereta manual dan beliau selesa memandu kereta kancil tersebut. Berikut di kongsikan komen netizen.

Setengah orang, bila dah senang mana pandang dah kereta yang di pandu masa susah dia dulu. Apa lagi bila dah bergelar jutawan dan dah upgrade kereta Lambo. Tapi Bella santai saja pusing ‘ootd’ pun masih pandu kancil lagi. Bella pun selesa lagipun senang nak parking kereta kancil.

Sumber: ig muabellaz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!