“Harimau tu senget sebelah je bang, terlebih muatan mau 1CU rimau tu” – Netizen

Bila umur sudah meningkat dewasa ni, kebanyakan kita lebih sibuk berkerja setiap hari bagi memastikan kelangsungan hidup dan tanggungjawab yang berat terutamanya buat mereka yang sudah berkeluarga. Tetapi, adakalanya dalam diri pasti akan rindu moment-moment gembira sewaktu masih kecil. Bermain tanpa mengira waktu dan bebas dari beban fikiran serta masalah.

Pelakon yang terkenal dengan badan yang tegap atau lebih sinonim dengan panggilan sado ini rupanya masih meminati permainan kanak-kanak. Aaron Mustapha Aziz atau lebih dikenali sebagai Aaron Aziz ini tidak pernah mengecewakan peminat dengan lakonannya yang sememangnya hebat.

Lakonan yang masih membekas di hati peminat dan netizen sudah pastinya lakonannya dalam filem KL gster. Malah watak yang dipegang sebagai Malek dalam filem tersebut masih kekal sehingga ke harini apabila ramai di antara mereka yang memanggilnya dengan nama Malek berbanding Aaron Aziz.

Lucu rasanya bila melihat telatah Aaron Aziz yang masih berminat untuk bermain permainan kanak-kanak. Tidak segan dan malu dipandang orang, terlihat dia sangat seronok bermain permainan tersebut di salah sebuah pusat beli-belah.

Videonya bermain permainan tersebut telah dikongsi di Instagramnya dan menerima ratusan komen dari netizen dan peminat. Cubaannya bermain permainan tmb0k bola itu telah menyababkan mesin tersebut r0sak kerana pvkulan yang terlalu kuat.

Apa yang lebih lucu adalah apabila Aaron Aziz sendiri telah menaiki karusel. Walaupun saiz karusel tersebut sangat kecil jika nak dibandingkan dengan badannya, namun dia tetap nekad untuk menaiki karusel tersebut sambil dirakam oleh rakannya yang menemaninya ketika itu.

Terhibur peminat dan netizen dibuatnya bila menonton video dari Aaron Aziz ini. Karusel yang sudah senget bila Aaron Aziz naik memang terlihat jelas dalam video tersebut sehingga membawa tawa kepada para peminat yang menonton video itu.

Game tumb0k bola dah r0sak tapi nasib baik lah karusel tu tak rosak juga bila Aaron Aziz naik. Memang enjoy sangat Aaron Aziz nampaknya bila main permainan kanak-kanak ya. Mesti rindu nak main macam zaman dulu lagi.

Sumber: Instagram Aaron Aziz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!