“Lepas ni dah boleh rehat la Datin, penat dan letih sangat nampaknya”- Netizen

Kalau sudah berumah tangga, sudah pasti pasangan suami akan membuat perbincangan akan masa depan rumah tangga mereka. Ada yang sudah mempunyai plan dari anak nya kecil hinggalah dewasa. Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita akan memastikan anak-anak kita menjadi yang terbaik. Betul tak ibu bapa sekalian.

Begitu juga dengan perancangan anak yang mereka inginkan. Sudah pasti setiap pasangan mempunyai perancangan akan berapa orang anak kah yang mereka inginkan. Bukan senang ingin membesarkan seorang anak, begitu juga dengan anak-anak yang ramai.

Antara usahawan yang mempunyai ramai anak ialah Dato’ Alif Syukri. Korang semua mesti cukup kenal dan sedia maklum akan semua anaka-anak Dato’ Alif ni. Yang pastinya semua comel-comel belaka. Macam orang tua nya jugalah. Sama cantik sama padan semuanya.

Isteri tercinta nya, Datin Shahida kini sedang sarat mengandung dan bakal menimang cahaya mata nya yang keenam.  Wah, sudah ramai ya anak-anak Dato’ Alif ni. Nanti semuanya bakal menggantikan legasi orang tua nya. Hebat-hebat semuanya anak-beranak ini.

Tetapi, sudah nama pun seorang wanita yang cekal. Walaupun sedang sarat mengandung, tetapi bukanlah penghalang untuk beliau masih melakukan tugasnya sebagai seorang usahawan yang ternama. Hebat bukan ? Dah nama pun usahawan, sudah tentu lah hebat belaka.

Ada dimuat naik video Datin Shahida dan anak-anak yang sedang dalam set photo shot. Beliau yang sedang mengenakan tudung brand nya, cantik sangat Datin Shahida pakai tudung yang sebegitu rupa. Tak pernah tak cantik. Indah betul ciptaan Tuhan.

Rata-rata netizen semuanya memuji akan ketabahan Datin Shahida. Tapi, bak kata mereka, Datin dah boleh lah stop lepasni. Rehat lah pula ya. Penat juga kalau tiap tahun melahirkan cahaya mata. Harus banyak pantang dan sebagainya.

Para ibu di luar sana sudah tentu tahu kan apa perasaan dan pengalaman sebelum dan selepas mengandung. Ingin melahirkan seorang anak pun susah dan perlu banyak struggle, inikan pula jika sudah mempunyai banyak anak. Betul tak ?

Tidak dapat disangkal lagi bahawa, untuk melahirkan  dan membesarkan seorang anak itu bukanlah mudah. Inikan pula jika anak sudah pun ramai, malah sedang sarat mengandung untuk kelahiran yang baru. Perlu banyakkan struggle ya. Hargailah orang tua kita semuanya.

Sumber : Ig Shahidadherbs

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!