“Apa sahaja aksi dia, memang nampak comel”- Netizen

Bagi penggemar si cilik, sudah pasti korang semua cukup mengenali Hayder. Rasanya semua sudah cukup tahu akan perangai dia. Ada-ada saja ragam nya yang menghiburkan. Banyak akal sungguh lah si budak kecil ni. Kalau tak banyak ragam, bukan Hayder lah namanya. Siapa di sini peminat setia Hayder ?

Budak-budak yang banyak ragam ni, memang jadi kegemaran ramai orang la jawabnya. Mana taknya, mereka kalau buat itu buat ini, sudah pasti mencuit hati kita semua. Seronokan bergurau dengan kanak-kanak macam tu.

Hayder lah antara kanak-kanak yang sering saja menjadi kegemaran kita semua. Dahla comel, gebu sangat. Sama juga seperti adiknya Endra tu. Kalau Endra dah besar, mesti nanti perangai nya sama saja seperti abangnya Hayder tu.

Kali ini, ada dimuat naik video Hayder yang sedang berjoging. Bukan main segak lagi berpakain lengkap, siap berkasut sukan lagi. Macam orang dewasa dah tengok cara dia berjoging tu. Kita pula yang terhibur. Ngekek gelak tengok aksi yang lucu dan lawak macam tu.

Yang terpaling lucu sekali, tengok telatah dan cara Hayder berjogging lah. Kelakar betul si budak comel tuu berjoging tau. Entah tengah berjoging atau tengah berjalan. Lagaknya macam orang dewasa saja. Pandai betul buat lawak sambil berjoging.

Rata-rata netizen semuanya terhibur dengan gaya Hayder tu tau. Bak kata mereka, Hayder ni buat jelah apa-apa gaya sekalipun, memang sangat comel dan melucukan. Amboi, ramai betul eh peminat Hayder, entah korang semua pun mesti peminat dia kan.

Pun begitu, Hayder ni sangat pandai meniru aksi orang lain. Pandai ajuk orang lah katakana. Dahulu nya, Hayder sering kali meniru aksi mama kesayangan nya itu.Kalau korang tengok video lama tersebut, sudah pasti korang akan terbahak-bahak gelak.

Anak korang pun sama macam tu ke ? Cuba korang kongsikan telatah comel anak-anak korang yang pernah mereka lakukan. Sudah pasti mencuit hati kita semua. Yang pastinya, semua comel dan menghiburkan kita semua kan ?

Justeru, tidak dapat dinafikan bahawa telatah Hayder itu sangatlah mencuit hati. Kita sebagai orang dewasa, sudah pasti akan terhibur dengan segala macam ragam yang anak-anak kita lakukan kan ? Mana taknya, bukan saja lawak, tapi comel.

Sumber : Ig Haziqvangers26

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!