“Kalau boleh jgn bagi anak main anak pat0ng ya” – Netizen

Alololo comel betul anak kepada pelakon Saharul Ridzwan dan isterinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir ini. Berpakaian jubah, gaya mereka yang sejuk mata memandang itu sememangnya mencuit hati. Super duper cute. Moga termakbul hajat baba mummynya supaya mereka menjadi pilihan Allah dalam usaha agama serta asbab ibu dan bapanya untuk masuk ke syurga.

Memuatnaik hantaran foto kedua-dua buah hatinya itu, Saharul mencoret di status nya bahawa busana yang dipakai anak-anaknya itu pemberian Tok Abah iaitu bapa beliau yang baharu balik daripada umrah.

Anak sulungnya, Muhammad Luth Ali, 4 mengenakan jubah berwarna putih, sementara adik Luth, Fateema Azzahra, 2 memakai jubah berwarna hitam. Kecil molek tampak manis sekali anak-anak ini.

Dalam pada berkongsi foto kedua cahaya matanya itu, ada sesuatu yang menarik perhatian netizen iaitu anak patung yang berada dekat dengan Fateema. Dakwa seorang netizen ‘kalau boleh jangan bagi anak main anak patung. Risau juga benda tak baik’.

Menariknya komen itu dibalas sendiri dengan penuh berhemah oleh Saharul. Menurut beliau, pesan Ustaz lepas anak bermain patung itu agar diletakkan dalam satu bakul dan ditutup. Katanya pastikan bila malam tak bersepah.

‘InsyaAllah (selamat). Terima kasih ingatkan’, tulis Saharul lagi. Dalam masa sama terdapat netizen lain yang merasakan ia ilmu baru dan berterima kasih dengan Saharul kerana berkongsi tentangnya.

Apa pun memang tak kurang ramai yang bersetuju dan mengakui kecomelan Luth Ali dan Fateema serta mendoakan mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Aamiin… untuk anak Saharul dan Qabila ini, moga masin mulut netizen.

Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim lahir 26 Januari 1989 merupakan bekas finalis Hero Remaja 2011/2012. Membintangi beberapa siri televisyen pada tahun 2017, Saharul memulakan kerjaya muziknya dengan merakamkan single pertamanya “Buku Putih”.

Sejak akhir-akhir ini Saharul banyak memuatnaik status berkenaan soal agama dan aktiviti nya yang banyak mendekatkan diri dengan ketuhanan. Alhamdulillah, ramai semakin ke arahNya dan menjadi contoh baik buat netizen.

Sekadar info, Saharul sebelum ini pernah mendedahkan dalam satu temuramah dengan Astro Gempak pada 3 Julai 2020 bahawa mengalami masalah kewangan berpunca daripada kesilapan dirinya tidak menyimpan sumber pendapatan diperolehi sambil menyifatkan 2017 sebagai tahun kejatvhannya. Kini beliau bangkit.

Sumber : Ig Saharul Ridzwan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!