“Suka tgk, manja yg tak over”- Netizen

Buat pelakon jelita Fazura, selain dikurniakan cahaya mata perempuan yang comel sebagai pelengkap bahtera rumah tangga, hanya rasa syukur yang mampu dipanjatkan atas segala kurniaan dan rezeki dilimpahkan kepadanya selama ini.  Umum mengetahui bahawa pasangan sama cantik sama padan Fattah dan Fazura telah bertemu jodoh apabila kedua- duanya berlakon bersama menerusi drama Hero Seorang Cinderella.

Para peminat yang merestui hubungan mereka berdua ketika drama itu berlangsung sangat mengharapkan hubungan berkenaan menjadi kenyataan.

Ternyata jodoh sememangnya kuat buat pasangan ini apabila mereka berdua mengambil kepuutusan untuk mendirikan rumahtangga pada 27 November 2017 dalam satu majlis tertutup sebelum kemudiannya membuat majlis resepsi dengan menjemput rakan-rakan artis dan media.

Pasangan ini cukup disayangi dan sering menjadi idola kepada peminat. Rutin kehidupan pasangan ini juga telah berubah selepas menimang cahaya mata pertama mereka iaitu Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.

Kemesraan pasangan ini juga sering membuatkan para pengikut akaun Instagram mereka bersemut melihat kebahagiaan mereka berdua.

Sebagai pasangan selebriti yang dikenali ramai, apa juga perkongsian mereka di media sosial akan menjadi tumpuan dan perhatian orang ramai.

Gelagat pasangan ini sentiasa menjadi perhatian Netizen. Menerusi satu perkongsian di Instagram pesona pengantin, satu video yang memaparkan aktiviti terbaru Fazura telah di kongsikan.

Video yang di kongsikan itu menunjukkan gelagat Fazura berpakaian uniform sekolah menengah. Fazura secara spontan memanggil suaminya Fattah dengan panggilan “Daddy ” memandangkan dirinya ketika itu sedang menyarung uniform baju sekolah dan berlakon seolah- olah Fattah merupakan bapanya.

Fazura kemudiannya bersalaman dengan suaminya Fattah sambil tertawa. Fattah yang terkejut dengan gelagat isterinya itu turut ketawa melihat Fazura. Comel betul pasangan ni bergurau senda antara satu sama lain.

Mengintai keruangan komen, gelagat comel Fazura itu mirip sekali dengan anaknya Fatima. Netizen juga terhibur dengan sikap manja keanak anakan Fazura yang sengaja berlakon sedemikian demi mengusik suaminya Fattah apabila menyarung baju sekolah menengah berkenaan. Jom kita tengok apa lagi komen netizen di bawah.

Selain sikap merendah diri dan sentiasa ramah melayani peminat, sikap sentiasa mengutamakan para peminat merupakan antara faktor utama pasangan selebriti ini sentiasa di sayangi oleh para peminat. Ramai peminat yang terhibur dengan sikap Fazura yang gemar bergurau senda bersama suaminya Fattah itu.

Sumber: ig pesona pengantin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!