“Adoi mama ni kuat betul menyakat” – Netizen

Akhir-akhir ini banyak pula video mencuit hati dikongsikan selebriti sumandak ini. Biarpun dikenali sebagai penyanyi popular, begitupun acap kali menghasilkan konten-konten lucu, ramai pula yang mencadangkan agar Adira Suhaimi menjadi pelawak sahaja. Menariknya hantaran dikongsikan Adira, lazimnya akan membabitkan satu dua atau kesemua daripada empat orang anaknya. Pendek kata kreatif betul dia…

Mana tidaknya, biasanya di kala wanita mempunyai ramai anak masih kecil ini pastinya sibuk menguruskan cahaya mata, namun dalam bekerja menghasilkan konten, Adira ‘bawa masuk’ sekali anaknya.

Jadi anak bukanlah alasan untuk seorang ibu jadi insan yang hanya terperuk di ceruk dapur. Zaman teknologi kini jika bijak menggunakannya macam Adira ni pasti dalam kesibukan, boleh juga ‘fun-fun’ dengan anak.

Dalam pada itu, agak mencuit hati apabila perangai Adira yang suka ‘mengusik’ dan menyakat anaknya buat netizen ‘g3ram’. Seperti dalam hantarannya kali ini, dia guna aplikasi untuk memperlihatkan rupa berjanggut.

Mesti mulanya anaknya ingat akan nampak comel bila gunakan apps telefon pintar, sekali dah bertukar rupa jadi berjanggut pula macam seorang lelaki dewasa. Yang maknya hanya tekup muka tak mahu jadi seperti itu.

Tak tahan tu… anak-anaknya pun ‘sama naik’ support maknya buat konten macam hantaran ini. Seperti cahaya matanya yang dikenali dengan nama Anggerik ini, rileks saja dia biarpun ‘dikenakan’ ibunya.

Biarpun dikenakan, tidaklah sampai Anggerik menangis, tapi macam hanya rasa mahu ‘menepuk’ ibunya saja. Kalau budak lain mesti dah menangis sampai guling-guling, silap hari bulan dic4mpakkan pulak henfon tu.

“Adoiii mama nie kuat betul menyakat taw”, “sian kakak..penaya ke mommy”, “Mesti dia byangkan keluar muka cute, sekali keluar muka mcam tu pulakk. Hahaa, nasib la ko nak dpat mak kuat menyakatt”.

“Hahahaha.. Kompom Anggerik membebel pas tu…”, ‘Noti mami dia menyakat selalu.…”, “Gelak acik tgk reaksi aggerik..…”, “nnt aku nak kena kan ank ku juga laaa”, “Hahaha reaction anak mmg win”, “Terkejut anggrek tengok muka dia sendiri”.

Apa pun Adira pun muda lagi baharu, 31 tahun, tentulah masih energetic dan banyak idea sebagai ibu milinium yang mudah mendapat maklumat hanya di hujung j4ri. Yang penting rajin dan kreatif kan… macam gunakan anak-anak ni…

Sumber : IG Adira Suhaimi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!