“Sekarang depan mata pun tak percaya” – Achey

Semenjak kecoh kejadian selebriti ‘menambah kuota’ tanpa pengetahuan isteri pertama, ramai pula wanita-wanita sudah mendirikan rumah tangga di luar sana risau k3s sama terkena batang hidung sendiri. Bukan saja isteri orang biasa ya… dalam kalangan golongan artis lebihlah lagi. Seperti dalam hantaran selebriti, Achey Bocey ini, memang ketara kerisauan isterinya itu.

Sudah tentu pada zaman teknologi komunikasi sekarang, paling perlu ‘dipantau’ ialah kemudahan gajet terutama telefon pintar kerana segala jenis ‘perhubungan’ boleh bermula dari hujung jar1.

Lihat saj4lah aksi ‘jelingan’ isteri Achey bernama Nor Hasanah Yahaya ini. Macam ada sesuatu saja pada cara renungannya tu. Pasti dalam keadaan sekarang ramai mengaitkannya macam ‘mengesyaki’ sesuatu.

Sampai Achey dalam hantaran ini juga mengakui di kapsyen videonya membayangkan isteri sekarang, suami depan matapun susah hendak dipercayai.

Agak mencuit hati apabila hantaran Achey menunjukkan situasi Hasanah yang hendak ‘melihat’ apa yang sedang dilakukan suaminya, lebih-lebih lagi tatkala dia tersenyum seorang diri menatap skrin telefon.

Bukankah boleh ‘mengundang’ tu…. Menariknya ramai pula isteri yang berkongsi pada hantaran komen hantaran Achey itu ramai isteri mempunyai tingkah seperti Hasanah mesra digelar Anne itu yang risaukan suami jika ada ‘peny0ndol’.

“Jgn kata kak anne..saya ndiri pun kdng nk intai..hahaa”, “Jangan risau anne.acey buat mcm2 siap dia..satu M’sia boikot dia termasuk sgpor Brunei”, “Ingat acey kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

“Berjaga² sebelum terkena kan anne. Kalau lelaki perangai p1jak semut pun tak m4ti tu lah paling b4haya”, Bukan Anne jerr.. I pon sama”, “Buntang mata akak bang.. X percaya punya pasal”, “Itu biasa… Bukan sekarang ja.. dr dulu lagi wajib mengintai sekadar berjaga²”.

Itu antara komen netizen. Lucunya dalam masa ‘ngintai’ tu, ramai netizen tegur anak Achey dan isterinya yang duduk di tengah antara mereka berdua jadi ‘m4ngsa’ di situ apabila Anne punyalah nak melihat henfon suami.

Apapun harap Achey tak macam-macamlah. Lagipun mengimbas perkongsian Achey sebelum ini, katanya isterinya itu banyak membuat peng0rbanan demi membantunya sebelum ini. Pasti Achey sayang sampai m4ti..

Sumber : IG Achey Bocey

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!