“Besorr halkum duta Keknis”- Netizen

Siapa saja tak mengenali pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Rasanya semua sudah cukup mengenali mereka semua ni. Pasangan yang sangat serasi dan sangat mencuit hati para netizen. Tiap kali tengok tengok telatah diorang je, memang gelak tak berhenti dibuatnya.  Seronok kan ada pasangan macam ni.

Bak kata orang, sehati sejiwa. Barulah syok, tiap hari asyik gelak ketawa je dengan pasangan masing-masing. Tak sah lah kalau tak gelak ketawa sehari-hari tu. Si suami isteri dua-dua jenis suka sakat antar satu sama lain. Betul tak ?

Pasangan Hairul dan Hanis ni selalu sangat post video dan photo mereka yang sangat sweet bersemut tu.  Kita tengok pun tersenyum sekali tau. Comel sangat diorang ni, ke sana sini, tetaplah mesra dan romantic. Macam mini Yusuf dan Alisya.

Kalini, ada dimuat naik video gelagat mereka berdua lagi. Moment di mana mereka yg sedang dalam mood makan angin di sebuah pulau. Haa, kalau korang tengok video Hairul sebelum ni, ada kan tengok diorang menyelam dalam laut.

Seronok sangat tengok diorang semua, yelah dapat makan angin kan. Siap boleh snorkelling lagi tu. Tapi, korang tahu tak Keknis ada jual produk untuk melakukan aktiviti outdoor macam tu, nama brand nya Cakenis.

Ketika itu mereka sedang kononnya mempromosikan swimsuit Cakenis. Comel sangat tengok Hairul dan Hanis ketika itu. Tapi, tak lama kemudian kelihatan agak pelik kenapa swimsuit Hairul macam style wanita punya ?

Terus dia berjalan cat walk dengan memakai swimsuit tersebut. Kelakar betul lah, terbahak-bahak betul dibuatnya. Patutlah pelik, rupanya Hairul pakai swimsuit by Cakenis, macam duyung dah ye Hairul ni. Macam-macam lah perangai nya.

Rata-rata netizen sangat terhibur dengan telatah mereka berdua tu. Bak kata mereka, apasal model Cakenis ada halkum besar ni ? Sepatunya wanita yang jadi, tapi kenapalah model nya ada halkum macam lelaki ye ?

Di pengakhiran video itu juga, terlihat telatah Hairul yang secara bersahaja melempar topi nya ke belakang. Kebetulan pula time tu ada orang lalu, bak kata mereka, terkejut orang tu tiba-tiba ada topi terban. Terbahak dibuatnya.

Sumber : Ig Hairulazreen

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!