“Suami sporting nah bgi laki len pel0k bini hahah” – Netizen

Mempunyai suami yang sporting sememangnya sangat menyenangkan hati isteri. Masakan tidak, apa sahaja hendak dilakukan tidaklah menjadi suatu ‘masalah negara’. Kadang sokongan suami dalam sesuatu hal sangat membantu. Begitupun, ada juga mempertikaikan yang seseorang ketua keluarga itu seharusnya sporting pun biarlah bertempat. Itu antara dibangkitkan netizen bila melihat perkongsian selebriti, Puteri Aishah ini.

Dalam hantaran di Instagramnya itu, Puteri berkongsi foto momen dirinya bersama suami yang juga seorang ahli perniagaan, Muhammad Firdaus Sulaiman ketika sambutan hari jadinya.

Turut berada di samping mereka dalam gambar dirakam ialah rakan-rakan lelaki dan wanita. Begitupun, apa yang menarik perhatian netizen ialah kelibat seorang lelaki berbusana warna merah jambu.

Apa tidaknya, biarpun Firdaus ada di sebelah Puteri, lelaki kelihatan begitu rapat dengan mereka ini dilihat memel0k mesra pinggang dan memegang erat bahu Puteri. Sungguh manja sekali.

Sudah tentu ada netizen yang tidak mengenali siapakah gerangan lelaki berkenaan hingga merasakan suami Puteri itu begitu sporting merelakan isterinya diperlakukan sedemikian oleh lelaki lain.

Bagaimanapun kenyataan netizen di ruangan komen yang dilayangkan tiga hari lalu itu tidak pula lagi dibalas oleh Puteri yang mesra dipanggil ‘Puti’ ini. Eloklah Puteri jawab ya… kang menimbulkan f1tnah dan tanda tanya netizen yang terlebih prihatin pulak.

Apa pun jika dibaca di kapsyen hantarannya itu, Puteri yang bernikah 21 November lalu ini mencoretkan yang ‘Hari jadi tidak lengkap tanpa orang tersayang dan mereka yang mengambil berat. Terima kasih gais’. Pasti mereka orang bermakna…

“Happy birthday puti”, “Gorgeous woman with a lot of blessings… It’s a pleasure sister. Hope you will be happy always okayy”, “Suami sporting nah bgi laki len pluk..bini..hahah”, “Semoga dipermudahkan urusan dunia hingga akhirat kelak”.

Itu pula antara komen-komen netizen. Juga antara yang menancap perhatian netizen tatkala melihat rakaman foto Puteri ialah bahagian perutnya yang dikatakan terlihat seperti ada ‘baby bump’.

Huh… tajam menikam betul mata netizen Malaysia ni. Sungguhpun demikian hanya Puteri yang tahu apakah kebenarannya. Doakan yang baik-baik untuk bekas finalis program pencarian bakat, Dewi Remaja 2014/2015 ini sudah…

Sumber : IG Puteri Aishah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!