“Ibu takde, daddy buulii” – Netizen

Pelengkap keluarga selepas perkhawinan ialah kehadiran anak kecil, anak kecil merupakan anugerah yang bernilai tanpa ternilai, sehinggakan ibubapanya sanggup berkorban apa saja. Kita telah tahu Syamel dan Ernie telah mendapat seorang cahaya mata perempuan bernama Khaula. Khaula seorang yang periang dan suka ketawa. Malah sangat manis seperti ibunya namun ramai mengatakan wajah seperti ayahnya.

Ramai yang tahu jika sudah beranak kecil, pasti ibunya yang lebih memahami anak kerana pasti lebih masa terluang bersama ibu berbanding si ayah kerana ayah bekerja. Tetapi dek kerana ibunya outstation, daddynya yang menjaganya sekarang ini.

Tetapi, untuk pasangan ini, mereka bersama-sama menjaga anak mereka. Tatkala si ayah yang menjaga, pasti cara jagaan sedikit berlainan. Mana tidaknya, cara dan tingkah laku pun berlainan, apatah lagi jika cara menjaga anak kecil.

Lain macam betul kalau kategori bapa-bapa yang menjaga anak, memang pelbagai cara mereka lakukan asalkan anak-anak sihat dan baik-baik saja di jagaan mereka. Lagi-lagi anak sulung, pastinya mereka akan merasa lebih mencabar.

Syamel, memegang anaknya sambil membuatkan anaknya mengambil puting yang berada dilantai dengan mulut anaknya. Memang lasak anaknya dibuatnya. Tetapi sebenarnya pasti sudah dirancang dan diperhatikan kawasan sekeliling terlebih dahulu.

Sebenarnya itu tiada masalah, beliau masih menjaganya dengan baik cuma akan dijadikan sedikit lasak dek kerana daddynya yang menjaganya. Itulah lumrah jika ayah menjaga anak perempuan, Ernie perlu bertindak. Jangan bagi lama-lama hehe.

Kasih sayang seorang anak perempuan dengan ayahnya akan lebih kepada ayah berbanding ibu, saat mencari ibu adalah disaat anak tidak sihat. Ketika itulah anak akan mencari ibunya, tetapi jika sedang bermain, berseronok pasti anak perempuan mahu bersama ayahnya.

Komen-komen netizen pun semua berikan komen “daddy jaga be like” , atau “bila bapak yang jaga anak”. Begitu lah komen-komen netizen. Semua memberikan komen-komen yang baik dan sentiasa berada bersama Ernie dan Syamel.

Ernie sedang outstation atas kerja-kerja beliau. Syamel yang menjaga anak mereka tatkala Ernie keluar bekerja. Sayangnya pada Khaula, anak perempuan mereka sukar diungkap dengan nilai sesuatu.

Sumber: ig syamel_official

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!