“Satu dalam seribu majikan macam gini” – Netizen

Semasa bulan ramadhan yang lalu, telah tular perniagaan Syahmi Sazli, berniaga air balang ketika di bazar ramadhan. Selepas bercuti Hari Raya, beliau kembali mnyambung perniagaan tersebut, sehinggalah ada suara-suara yang mengatakan bahawa Syahmi menganggu jualan mereka. Maka dengan itu Syahmi mengambil keputusan untuk berhenti sementara.ungkin kali ini menutup gerai tetapi Allah berikan lebih rezeki yang lain kerana ia bukan sumber pendapat Syahmi tetapi sumber pendapatan pekerjanya.

Keputusan menutup gerai jualannya amat mengejutkan dan membuatkan pekerja-pekerjanya seramai 15 orang sedih akannya. Disebabkan itu, beliau memberikan sedikit kegembiraan dengan memberikan hadiah wang tunai berjumlah RM1000 kepada setiap seorang.

Jika sebelum ini seminggu mereka (pekerja) akan mendapat RM200-RM300, tetapi disebabkan Syahmi terpaksa tutup gerai beliau, beliau menghadiahkan seribu ringgit setiap seorang, adalah ganjaran kepada pekerja.

Pastinya, ramai mendoakan Syahmi dek kerana sikap beliau yang sangat baik hati dan memikirkan hal-hal pekerja, malah tidak pernah berkira dengan pekerja. Pastinya sikap majikan sebegini menjadi pilihan pekerja-pekerja.

Isteri beliau, yang sedang srat mengandung, juga turut serta ketika jualan dan ketika hari terakhir berada di tapak niaga. Pada Syahmi, beliau merasakan ini adalah ujian kecil buatnya, tetapi ujian besar buat pekerjanya.

Sepanjang berjualan, pelanggan Syahmi sentiasa ramai sehinggakan Syahmi menyediakan khemah dan kerusi untuk para pembeli. Beliau sangat menghargai para pembeli. Kerana beliau menghargai dan fikir akan pekerjanya, setiap minggu diberi bonus.

Jualan pada hari terakhir beliau sebelum menutup gerai adalah sebanyak RM19 ribu, dan beliau telah menghadiahkan RM1000 seorang kepada 15 orang pekerjanya. Semoga beliau dimurahkan rezeki. Sukar nak mencari majikan sedemikian, jika ada, inilah dia Syahmi Sazli, satu dalam seribu insan.

Lihat saja komen-komen peminat dan netizen yang berada diruangan komen, semuanya turut bersedih, dan juga terharu dengan pemberian Syahmi. Ramai netizen yang mendoakan kebaikan untuk Syahmi, dan inilah komen-komen mereka.

Syahmi dan isterinya bermula dengan video pendek di youtube, kemudian memenangi anugerah youtuber popular, kemudian berjaya menjadi penerbit dan pengarah dan kini beliau telah berada di dunia hiburan, sekali gus menjadi usahawan berjaya dengan meniaga air balang dan minyak wangi jenamanya sendiri.

Sumber: ig syahmisazli

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!