“Relax je, belom lagi duduk bersila atas kerusi tu” – Netizen

Siapa sahaja yang tidak mengenali selebriti terkenal Fazura yang sinonim dengan kecantikan semulajadi nya. Bukan sahaja cantik malah peramah dan sentiasa layan baik peminat-peminatnya. Fazura cukup disayangi peminatnya dan sentiasa mencuri perhatian ramai netizen di laman sosial media. Apabila sudah bergelar ibu pula, anak perempuannya iaitu Fatimah turut menjadi perhatian dan boleh dikatakan sama popular seperti ibunya.

Melihat pada perkembangan Fazura, beliau aktif berbisnes dan juga sibuk dengan rutin hariannya menjaga Fatimah yang masih kecil.

Sementara itu, baru baru ini video Fazura telah menarik perhatian netizen dengan gelagat lucunya.

Siapa sangka, ibu kepada Fatimah ini rupanya seorang yang gilakan keropok. Tengok pada video Fazura itu, beliau selamba menghabiskan sebalang besar keropok ikan.

Fazura betul-betul peminat keropok ikan ni.. Tengoklah satu balang besar pun mampu dihabiskan olehnya. Lucu betul gelagat Fazura sehinggakan netizen terhibur melihatnya.

Video Fazura telah dimuatnaik oleh instagram Astro Gempak selepas Fazura berkongsi videonya itu di Tiktok.

Rata-rata netizen terkejut dengan gelagat Fazura yang selamba itu. Selamba tapi masih kelihatan cantik ketika makan sebalang besar keropok ikan hehe..

Video Fazura itu telah menerima 25,000 tontonan sejak dikongsi Khamis lalu dan beberapa komen daripada netizen.

“Sedap sgt keropoknya tu sampai bekas tak lepas dipegang, makan keropok pun cantik sis ni”-Netizen

Alahai comelnya tengok gelagat Fazura ini.. Lepas ini dah boleh sorok sebalang keropok dari Fazura, takut habis hehehe…

Sumber: Instagram Astrogempak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!