“Buat mcm ni dato kami sokong, bukan video yg bukan2” – Netizen

Kita sememangnya dituntut untuk bersedekah. Bersedekah kepada golongan yang memerluukan dan sama-sama berkongsi rezeki bersama mereka. Maka insyaAllah akan murah rezeki bagi sesiapa yang suka bersedekah. Tidak kira dari segi bangsa dan agama, dengan sesiapa pun kita boleh hulurkan sumbangan bagi meringankan bebannya.

Tidak terkecuali, Dato Aliff Syukri pun antara usahawan popular yang suka menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerluukan tanpa mengira bngsa dan agama.

Baru-baru ini, satu video yang dikongsi beliau telah menyentuh emosi ramai netizen. Video tersebut menunjukkan beliau merakam seorang pemuda berbngsa Ind1a sedang mengutip plastik di tepi jalan.

Pada awalnya Aliff Syukri sengaja mengusik pemuda berkenaan dan terus menghulurkan sejumlah wang kepadanya. Murah rezeki Aliff Syukri…

Walaupun pada awalnya tindakan Aliff Syukri seperti agak k4sar terhadap lelaki berkenaan namun sebaliknya beliau cukup simpati dengan pemuda itu.

https://www.instagram.com/p/CelPvoxA_aa/

Malah tindakan beliau menghulurkan sejumlah wang kepada pemuda berkenaan jelas membuatkan pemuda tersebut mengukir senyuman.

Tindakan Aliff Syukri memberi sumbangan terhadap pemuda itu telah membuatkan netizen tersentuh hati dan suka dengan sikap pemurah beliau.

Rata-rata netizen juga suka melihat content video dikongsi Aliff Syukri yang sebegitu dan mampu dijadikan contoh buat semua orang.

Video beliau telah menerima 228,000 tanda suka dan pelbagai reaksi di ruangan komen. Ada juga sebahagian netizen yang mengecam tindakan usahawan popular itu.

Semoga murah rezeki buat Dato Aliff Syukri bila hulurkan sumbangan kepada yang memerluukan. Kena rajin bersedekah macam Dato, insyaAllah dimurahkan rezeki. Tak salah kongsi rezeki kan hehe…

Sumber: Instagram aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!