“Ci0man di sebalik mask amat bermakna” – Netizen

Sekali-sekala dek tuntutan tugas, pastinya pasangan suami isteri biasa ‘berpisah’ sementara kerana bekerja. Ramai saja yang sudah biasa dengan situasi sebegini, kadang bukan seminggu dua, tapi mungkin ada beberapa bulan malah lebih daripada itu. Begitupun, mengakui tidak pernah ditinggalkan dalam jangka masa lama 2 minggu, perkongsian pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin ini tak kurang bikin sebak netizen.

Hanya ibu-ibu dan isteri sahaja agaknya lebih memahami perasaan itu. Pada pengikut dan peminatnya, pasti maklum akan keadaan Syatilla yang baharu sahaja bersalin anak ketiga.

Sudah tentulah selain sedih terpaksa berpisah sementara dengan suami, perlu juga menjaga ‘ask4r-ask4r’ di rumah tanpa bantuan suami tersayang. Ramai pula yang ‘terasa’ dengan hantaran Syatilla ini.

Detik-detik sebelum Syaheizy Sam terbang dikongsi. Coret Syatilla sebelum itu, Syaheizy ‘beli jiwanya’ dulu dengan dating tengok wayang. Tak dilupakan, selepas itu sempat dia singgah belikan mainan anak-anak pula.

Sempat Syatilla doakan agar suaminya itu dimurahkan rezeki dan selamat. Biarpun katanya mainan itu tak mahal, tapi momen pemberian pada anak-anaknya itu dirasakan lebih bermakna.

Tentulah yang lebih istimewa civman dan pelvkan keduanya sebelum ‘berpisah’. Ya lah… kita yang melihat ini pun syahdu juga dibuatnya, apalagi yang pernah mengalami situasai sama.

“Sama la kita samtilla , abg afiz 20 hari kat turkey & switzerland”, “Sedih kan, saya pon nak dtinggalkan jgk 2bln, hal kerja”, “Semoga selamat pergi dan balik, serta dipermudahkan segala urusan.”, “Alolo…smoga dipermudahkan segala urusan”, “Civman disebalik mask amat bermakna”. Itu antara komen netizen.

Jika melihat kapsyen di hantaran Syatilla itu, difahamkan Syaheizy bertolak ke Turki bagi menjalani penggambaran di sana untuk menjaya filem Bak4ra. Apa pun moga dipermudahkan buat kedua-duanya.

Tak kurang juga netizen yang menyatakan perasaan sudah teruja hendak menonton lakonan Sam itu. Apa tidaknya, difahamkan pembikinan filem berkenaan dikatakan menelan RM20 juta.

Filem tersebut dikhabarkan berdasarkan kejadian sebenar pertempuran di Mogadishu, Somalia, adaptasi daripada filem ‘Black Hawk Down’ versi sebenar. Huh… bunyinya pun gempak, patut Syatilla risau benar. Ya… moga selamat semuanya.

Sumber : IG Syatilla Melvin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!