“Tak perlu ragui bakat luar biasa adik ni, tgk lah artis2 hebat pun voted dia weh” – Netizen

Rancangan All Together Now Malaysia ialah sebuah rancangan realiti yang di adaptasi daripada sebuah rancangan nyanyian dari United Kingdom. Malaysia merupakan antara negara terawal di Asia yang mengambil format rancangan tersebut dan merakamkan kembali di Malaysia. Mengikut perancangan awal, siaran program berkenaan telahpun bermula sekitar bulan Jun yang lalu bagaimanapun selepas menerima kecaman hebat netizen, rancangan berkenaan telahpun ditunda dan baru sahaja kembali di siarkan selepas k3s cvd di negara kita kembali menurun.

Rancangan yang di hoskan oleh pengacara Sherry Al-Hadad itu menampilkan 50 orang juri yang terdiri daripada penggiat seni daripada pelbagai latar belakang.

Mereka menjadi juri tetap dan menilai persembahan setiap peserta sesuai dengan pengetahuan dan bidang masing-masing bagi setiap episod. Dalam pada itu, pengacara pelakon dan bekas penyanyi kumpulan 4U2C iaitu Dato AC Mizal pula di lantik sebagai ketua juri untuk membuat keputusan sekiranya markah para peserta adalah sama dan terikat antara satu sama lain.

Dalam setiap episod, mana-mana peserta yang menjadi pilihan juri akan menerima markah sekiranya juri bangun dan menekan “buzzer” untuk peserta tersebut. Seorang juri mewakili 2 markah manakala keseluruhan 50 orang juri mewakili 100 markah sekiranya semua juri berdiri untuk peserta yang mampu memberikan persembahan yang menarik hati kesemua juri.

Antara fakta menarik mengenai rancangan All Together Now Malaysia ini adalah rancangan ini merupakan sebuah pertandingan nyanyian yang terbuka kepada seluruh rakyat malaysia tanpa sebarang had umur.

Ini memberikan peluang buat individu seawal usia kanak-kanak sehinggalah warga emas untuk menonjolkan bakat yang dimiliki masing- masing.

Rancangan All Together Now telah mencetuskan fenomena luar biasa di luar negara malahan format rancangan ini sebenarnya telahpun diadaptasi semula di serata dunia termasuk ke beberapa negara seperti Australia, Rusia, Turki, Brazil, Norway, Colombia, Denmark, Finland dan Perancis. Malaysia merupakan negara ke-17 di dunia dan yang pertama di Asia Tenggara menerbitkan program ini untuk versi tempatan.

Buat sesiapa yang berminat untuk menyertai program All Together Now Malaysia ini, mereka sebenarnya bebas untuk menyertai rancangan tersebut secara solo, duo, trio ataupun berkumpulan.

Di samping itu juga, para peserta juga bebas memilih genre muzik dan jenis bahasa untuk diketengahkan dalam lagu yang bakal di persembahkan kepada para juri dalam persembahan masing-masing nanti. Juara rancangan All Together Now Malaysia musim pertama ini di jangka bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000 berserta sebuah trofi.

Rancangan All Together Now Malaysia ini bersiaran setiap hari ahad pada pkul 9 malam dan malam tadi telah pun di siarkan episod terbaru rancangan tersebut.

Ramai peserta yang memberikan saingan dan memberikan persembahan yang menghiburkan, namun episod malam tadi menyaksikan rezeki telah menyebelahi dua orang peserta iaitu adik Syarfa dan juga Sahzuan.

Menariknya lagi episod malam tadi apabila adik Syarfa yang baru berusia 13 tahun telah menerima markah penuh daripada para juri mengalahkan orang dewasa dan sekaligus melayakkan beliau untuk terus mara ke peringkat akhir.

Sebagai seorang peserta termuda yang bertanding dalam episod malam tadi, adik Syarfa sempat mengalirkan air mata sebak dan terharu menerima markah penuh sebanyak 100 markah daripada para juri yang begitu kagum dan tertarik dengan suara luar biasa beliau.

Rata-rata netizen juga tidak putus memuji suara adik Syarfa dan turut mengagumi bakat nyanyian luar biasa yang dimiliki oleh kanak-kanak tersebut dan memuji suara adik Syarfa yang juga mampu menyanyikan lagu bernada tinggi.  Berikut pula dikongsikan komen-komen yang ditulis oleh warganet buat adik Syarfa dan juga Sahzuan.

“budak kecik tu suara mmg sedap nyaring cuma risau suara belum “matang” sbb dia budak lg… harap xder la berbeza sngt suara dia bila dia besar nanti” – Netizen

Pada usia 13 tahun ramai yang sudah membuka mata dengan bakat besar yang dimiliki oleh adik Syarfa. Semoga program hiburan All Together Now Malaysia ini menjadi platform buat adik Syarfa untuk mengembangkan sayap beliau dalam dunia hiburan dan menjadi seorang penyanyi suatu hari nanti.

Sumber: ig astro gempak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!