“Siapa suami siapa isteri ni” – Zizan Razak

Memang benar rasa cinta itu hadir dari lubuk hati yang ikhlas. Hubungan cinta antara dua jiwa sentiasa mendatangkan kemanisan dan kebahagiaan. Bagi setiap pasangan yang sedang menjalinkan hubungan cinta, pasti ada saja kenangan romantik sepanjang berkenalan. Tidak terkecuali, pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzman juga mempunyai hubungan cinta yang cukup romantik.

Mereka sentiasa berkongsi momen indah bersama di Instagram. Sebelum ini, Janna menerima kejutan hadiah motorsikal vespa daripada teman lelakinya bersempena ulangtahun kelahiran. Kini, Janna pula memberi kejutan ulangtahun kelahiran buat Dini baru-baru ini.

Pada awalnya, Janna membuat prank dengan memberi sebuah kamera yang mempunyai spesifikasi rendah. Dini dengan spontannya membelek dengan teliti kamera berkenaan dan menghargai pemberian Janna meskipun beliau sendiri tahu kamera itu berharga murah.

Namun Janna terus memberitahu, kamera tersebut adalah miliknya dan hanyalah sekadar pr4nk.

Sebaliknya,Hadiah kamera milik Dini yang sebenar belum tiba dan berharga hampir RM 24K. Untungnya Dini.

Janna juga memberitahu, teman lelakinya memang seorang yang serba tahu tentang gajet. Apa sahaja berkaitan kamera, setiap ciri-cirinya pasti Dini tahu.

Sementara itu, rata-rata netizen teruja melihat video yang dikongsi Janna di Instagramnya. Komen Zizan tarik perhatian netizen dimana mungkin sikap Dini yang lebih manja dari Janna.

Reaksi Dini sebak di akhir video membuatkan ramai netizen sebak dengan sikap Dini yang begitu baik dan pandai menjaga hati Janna.

“Sedih rasa nak nangis bila tengok Dini nak nangis, hargailah dia, dia nak jaga hati janna tu”- Netizen

Video Janna telah ditonton sehingga 300,000 tontonan dan dipenuhi dengan pelbagai reaksi oleh netizen di ruangan komen.

Ramai netizen juga mendoakan agar hubungan Janna dan Dinni kekal serta teruja untuk melihat mereka berkahwin.

Bagusnya Dini hargai pemberiaan Janna, walaupun pada mulanya kamera murah. Semoga hubungan mereka kekal dan kahwin cepat-cepat ye..

Sumber: Instagram Jannanick

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!