“Betul lah org cakap tak salah pun cerrai, dia dpt lebih better”- Netizen

Pasangan berkahwin sudah pasti melalui momen-momen indah bersama. Alangkah manis dan bahagianya alam perkahwinan buat pasangan suami isteri. Susah senang pun sama-sama kita dapat harungi bersama pasangan masing masing. Antara banyak-banyak pasangan selebriti Malaysia yang sudah berkahwin, pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz antara pasangan romantik yang sentiasa menjadi tumpuan netizen.

Mereka sentiasa kelihatan romantik berdua setiap kali berkongsi video romantik di Instagram.

Baru-baru ini, Fasha memuatnaik video Aidil dukung Fasha sambil dirakam oleh rakan mereka. Nampaknya perkahwinan kedua Fasha jelas menunjukkan dirinya cukup bahagia bersama suami dan anak-anak.

Malah penampilan terbaru Fasha yang berambut pendek turut menjadi perhatian netizen.

Ramai netizen mengatakan Fasha lebih nampak muda dengan penampilan rambut terbarunya.

Penampilan baru Fasha dikatakan untuk watak yang dipegang dalam sebuah drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

“Look young and fresh lah fasha sekarang, suka giler tengok rambut baru you ni, happy je tengok fasha dgn aidil skrg ni”-Netizen

Sementara itu, video romantik Fasha dan Aidil telah diulang tayang sehingga 619,000 tontonan.

Ramai netizen juga menunjukkan perasaan teruja melihat pasangan bahagia ini dan mendoakan agar hubungan mereka kekal hingga ke syurga.

Makin cantik Fasha Sandha sekarang ni, nampak muda dari usia hehe.. Dan seronok je tengok Fasha bahagia sangat dengan Aidil dan anak-anak. Semoga kekal hingga jannah ye.

Sumber: Instagram Fashasandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*