“Kenapa ketawa- ketawa” – Jebat Jayden

Setiap jodoh dan pertemuan manusia itu adalah aturan daripada yang maha Esa. Walaupun sudah membawa haluan masing – masing namun pelakon Suamiku Encik Sotong iaitu Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya Noor Nabila masih berhubung baik demi kebajikan anak mereka Jebat Jayden. Perhubungan baik yang wujud antara mereka berdua itu cukup memberikan inspirasi kepada masyarakat supaya boleh berdamai dan mewujudkan hubungan yang baik antara bekas pasangan masing- masing walaupun sudah tiada jodoh demi kebaikan anak.

Walaupun jodoh kedua ibu bapa Jebat Jayden iaitu Sharnaaz dan Nabila tidak panjang namun mereka berdua masih berhubung secara baik demi kebaikan anak. Sharnaaz juga tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa.

Jebat Jayden merupakan satu-satunya anak kepada pasangan Sharnaaz Ahmad dan kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila.

Jebat Jayden dilahirkan pada 30 Ogos 2018 dan kini si cilik itu sudahpun berusia hampir 4 tahun. Jebat Jayden juga turut mempunyai instagramnya sendiri dan diwujudkan khas oleh ibu bapanya untuk mengabadikan kenangan Jebat sewaktu masih kecil.

Tidak di nafikan kecomelan wajah Jebat Jayden dan telatah lucu kanak- kanak berusia 4 tahun tersebut begitu mencairkan hati orang ramai yang terpikat dengan telatah lucunya.

Jebat juga pernah tercalon di dalam Anugerah Meletop dalam kategori Si Cilik Meletop di sebabkan para peminat yang geram dengan wajah comelnya itu.

Nabila dan Sharnaaz sebelum ini menerima pujian daripada para netizen kerana berusaha mengajar Jebat Jayden untuk bertutur di dalam bahasa melayu dengan lancar berbanding bahasa inggeris.

Usaha Nabila dan Sharnaaz nampaknya berjaya menampakkan hasil apabila kini Jebat lebih selesa untuk bercakap dalam bahasa melayu dan sangat petah menyebut perkataan dalam bahasa melayu dengan betul.

Menerusi satu perkongsian video di Instagram Mig Online, satu video mengenai gelagat anak kepada Sharnaaz dan Nabila itu telah di kongsikan menerusi hantaran terbaru.

Di dalam video ringkas berkenaan, Jebat Jayden dilihat sedang “bersiap”. Ketika di tanya ke mana arah tuju kanak- kanak berkenaan menjawab mahu ke majlis rumah terbuka anjuran rakannya.

Mendengarkan jawapan Jebat, membuatkan Nabila ketawa. Jebat yang mendengar ibunya ketawa kemudiannya bertanya kepada ibunya mengapa tertawa. Gelagat Jebat itu semakin membuatkan peminat geli hati.

Menjengah ke ruangan komen, rata- rata peminat terhibur dengan telatah lucu Jebat. Jebat yang juga sangat petah bercakap itu juga sering kali membuatkan para peminat tidak kering gusi dengan kata- kata yang mencuit hati.

Akan ada sahaja yang di katakan oleh kanak- kanak berkenaan yang membuatkan kita sebagai orang dewasa merasa geli hati namun kagum dengan sebutan penuh yang di tuturkan Jebat dalam Bahasa Melayu. Berikut di kongsikan reaksi netizen terhadap video Jebat yang di kongsikan oleh Nabila itu.

Semoga Jebat Jayden akan membesar menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kelurga dan agama. Mudah- mudahan juga Jebat akan sentiasa membangga dan membahagiakan ibu dan bapanya suatu hari nanti. InsyaALLAH.

Sumber: ig migonline

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!