“Cantiknya, ummi dan Abah Bilal dah mcm org negeri Arab lah” – Netizen

Baru- baru ini usahawan selebriti dan pengacara terkenal Noor Neelofa telah di jemput sebagai tetamu undangan ke program Nona. Berkongsi mengenai perancangan beliau, kongsi Neelofa lagi, beliau mahu berhijrah ke negara Arab untuk mengikuti suaminya PU Riz menyambung pelajaran di sana. Neelofa juga teruja untuk mendedahkan persekitaran di sana kepada anaknya Muhammad Bilal.

Di samping itu juga Neelofa juga merancang mahu mendalami dan mempelajari Bahasa Arab. Niat beliau tidak lain adalah untuk mengajar orang Al- Quran pula selepas ini. Menurut Neelofa, mengajar orang lain mengenai Al- Quran adalah sebagai saham akhirat untuk beliau selepas ini.

Sehingga kini, PU Riz dan Neelofa masih belum berkongsikan wajah anak mereka kepada umum sehingga membuatkan orang ramai ternanti- nantikan perkongsian gambar Muhammad Bilal di media sosial PU Riz dan Neelofa.

Selebriti dan usahawan tudung tersebut tidak mahu mendedahkan mengenai kehidupan rumahtangganya dan hanya berkongsi mengenai kelahiran anaknya pada Januari yang lalu.

Sehingga kini sejak beliau melahirkan anak lelakinya yang di beri nama Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu, ramai peminat yang sudah tidak sabar lagi untuk melihat wajah comel anaknya itu.

Namun begitu atas faktor keselamatan, Neelofa mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan wajah anaknya itu.Sejak dalam fasa mengandung, dan setelah melahirkan anak, ramai yang menantikan untuk melihat dan mendengar sendiri perkongsian selebriti dan usahawan terkenal Neelofa mengenai anak dan kehidupan rumahtangganya itu.

Keputusan selebriti itu menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai. Meskipun para peminat beliau menghorm4ti keputusan beliau namun ada segelintirnya yang mempertikaikan tindakan berkenaan memandangkan Muhammad Bilal sudah menginjak usia hampir 5 bulan.

Bagaimanapun, Neelofa tetap berkongsi wajah anaknya kepada rakan terdekat. Ketika satu majlis yang di anjurkan video yang memaparkan Neelofa telah berkongsi wajah anaknya Muhammad Bilal kepada Daiyan dan Scha Al-Yahya.

Mereka bertiga secara kebetulan berjumpa di butik dalam satu acara yang di anjurkan oleh satu label pakaian antarabangsa terkenal.

Gelagat Scha di rakamkan menerusi video berkenaan seolah- olah berkata bahawa wajah buah hati kesayangan Neelofa itu amat mirip sekali dengan wajah Neelofa.

Scha juga tidak henti tersenyum dan teruja kerana dapat melihat wajah Muhammad Bilal yang sekian lama di tunggu oleh para peminat Neelofa itu.

Menerusi perkongsian terbaru mengenai aktiviti usahawan berkenaan, peminat selebriti terkenal itu berkongsi Neelofa sedang mempromosikan produk terbaru beliau bersama suaminya PU Riz. Khabarnya produk terbaru itu adalah inai buat k4um wanita.

Bagaimanapun, konsep bagi promosi produk berkenaan menggunakan tema Arab membuatkan pasangan berkenaan turut berpakaian seperti di negara Arab.

Konsep promosi produk tersebut ternyata menarik minat para peminat kerana merasakan Neelofa dan Haris sesuai berpakaian seperti orang Arab.

Menjengah keruangan komen, rata- ratanya memuji wajah dan pakaian pasangan berkenaan yang sangat bersesuaian dengan tema produk yang ingin di pasarkan itu.

Kejelitaan wajah Neelofa juga sangat menyerlah menerusi pakaian yang di gayakan. Berikut di kongsikan komen – komen netizen.

Patutlah nak berhijrah ke negara Arab, sesuai sangat dengan imej Neelofa dan Pu Riz ni untuk berhijrah ke sana. Semoga urusan pasangan ini juga di permudahkan untuk berpindah ke sana nanti. Makin fasih pasangan ini untuk bertutur dalam Bahasa Arab juga setelah berpindah ke sana nanti.

Para peminat juga mendoakan Neelofa di berikan kelancaran dan kemudahan dalam perancangan beliau untuk berhijrah ke negara Arab. Manakala niat murni beliau untuk mempelajari Bahasa Arab untuk mengejar orang lain Al- Quran pula bakal di permudahkan.

Ramai peminat yang merasa cukup kagum dengan impian murni usahawan terkenal tersebut. Peminat juga menyokong usaha selebriti itu untuk menuntut ilmu dan menimba pengalaman di negara Arab.

Setiap orang mempunyai dan impian dan cita- cita mereka. Mudah- mudahan usaha Neelofa untuk mengajar orang lain mengenai Al- Quran juga akan tercapai suatu hari nanti.

Sumber: ig lofa.page

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!