“Nampaknya bapak dia yg lebih nk jd mermaid dr anak2”- Netizen

Tatkala bergelar ibu bapa, menjaga dan mendidik anak-anak sememangnya mencabar. Di kala anak-anak sedang membesar, ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk sentiasa memenuhi kemahuan mereka dan memberi kasih sayang yang secukupnya buat mereka. Apa sahaja yang mereka mahukan, kita sebagai ibu bapa perlulah turuti untuk memastikan anak-anak tidak rasa terpinggir.

Begitulah yang sering dilakukan oleh pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel yang sentiasa mendahuluukan anak-anak mereka dalam apa jua keadaan sekali pun.

Walaupun Aeril dan Wawa sibuk menguruskan perniagaan, anak-anak tidah ditinggalkan dan sentiasa dijaga dengan baik. Buktinya banyak video Wawa dan Aeril bersama anak-anak dikongsi di Instagram.

Malah baru baru ini, Aeril turuti kemahuan anaknya untuk pergi bercuti di salah sebuah hotel mewah berkonsepkan tema kartun Barbie.

Hotel tersebut telah menjadi popular dalam kalangan selebriti untuk membawa anak-anak mereka dan tidak terkecuali, Aeril pun turut membawa anak-anaknya ke sana untuk memenuhi kehendak anak perempuan kesayangannya. Aeril juga sempat mendadankan Hayla dan Ayya Soffya.

Betul lah orang selalu kata, anak perempuan pasti rapat dengan bapanya. Seperti Aeril, nampak beliau rapat dengan anak-anak perempuannya.

Bercerita tentang video yang dikongsi Aeril, beliau telah mencuri perhatian netizen apabila Aeril sendiri memakai set persalinan Ikan duyung gara-gara ingin menceriakan anak-anak perempuannya.

Lucu sekali Aeril ya pakai baju ikan duyung, jarang-jarang sekali tengok. Gelagat Aeril membuatkan netizen sendiri berasa lucu melihatnya.

Malah video Aeril itu telah menerima 427,000 tontonan dan respon yang tinggi daripada netizen.

Sporting ye dapat ayah yang ikut kemahuan anak-anak macam Aeril Zafrel ni.. Untungnya Ayya dan Hayla dapat daddy yang penyayang sampaikan pakai baju duyung nak gembirakan anak-anak.

Sumber: instagram aerilzafrel

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!