“Jebat try hard sgt nak ikut babah nyanyi wlpn xtahu lirik sebenar” – Netizen

Bila imbau kembali zaman kegemilangan industri muzik Malaysia pada zaman dahulu, pasti anda mengenali kumpulan popular seperti Wings, Search dan ramai lagi. Fenomena muzik rock dahulu memang gamit memori kepada penggemar muzik genre berkenaan. Muzik zaman dahulu dengan zaman sekarang sememangnya berbeza. Zaman moden serba canggih sekarang pun jarang sekali kita dengar lagu genre rock kan?

Tidak terkecuali, artis Malaysia pun ada yang minat kumpulan Rock dan masih menyanyikan lagu kegemaran mereka. Contohnya seperti Sharnaaz yang lahit pada zaman rock kapak dulu-dulu, pasti layan lagu legenda rock hehe..

Kalau ditanya pada remaja zaman sekarang, sukar untuk cari yang tahu lagu-lagu lama ini. Jarang lah mereka tahu..

Namun siapa sangka, satu-satunya cahaya mata Sharnaaz iaitu Jebat sudah pandai mengikut bapanya menyanyi lagu lama. Amboi Jebat, fasih betul berbahasa Melayu ya.

Dalam video yang dikongsi Sharnaaz, beliau sedang menyanyikan lagu nyanyian kumpulan Stings sambil diikuti oleh Jebat. Video tersebut itu telah menerima 327,000 tanda suka dan 461 komen setakat ini.

Lebih menarik perhatian apabila suara Sharnaaz cukup merdu dan pandai menyanyi rupanya. Ramai netizen terpukau mendengar Sharnaaz bernyanyi memandangkan beliau jarang sekali memuatnaik video dirinya berkaraoke atau bernyanyi.

Ada bakat tersembunyi rupanya Sharnaaz ni ya, boleh lah cuba masuk pertandingan menyanyi kan…

Rata-rata netizen turut teruja melihat Jebat yang pandai mengikut bapanya menyanyi sambil dirakam sendiri oleh Sharnaaz. Walaupun Jebat masih kecil lagi, ramai netizen suka melihat si cilik ini petah berbahsa melayu dan jarang sekali bercakap dalam bahasa Inggeris.

Orang kata Bahasa Melayu Bahasa Jiwa Bangsa, itulah yang dipraktikkan oleh ibu bapa Jebat untuk Jebat sendiri. Hasilnya Jebat cukup fasih bercakap dalah Bahasa Melayu.

Seronok betul Jebat nyanyi lagu jiwang ikut baba dia.. Alahai bahasa melayu baku Jebat pun boleh tahan. Teruskan ikut bakat baba ye Jebat hehe..

Sumber: Instagram sharnaazahmad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!