“Masa angkat Wawa tu nampak mcm tersiiksa je bang” – Netizen

Bentuk badan yang kuruus dan ramping sememangnya menjadi idaman ramai wanita di luar sana. Tipulah jika anda tidak mahukan badan yang cantik dan sihat? Pasti kita sebagai wanita teringin untuk memliki bentuk badan yang cantik. Secara umumnya, ramai tahu jika kita ingin mempunyai bentuk badan yang cantik perlu rajin bersenam dan menjaga pemakanan dengan sebaiknya.

Jika melihat pada rata-rata selebriti di Malaysia, ramai di antara mereka memiliki badan yang cantik dan betul-betul menjaga pemakanan mereka. Salah satu faktor adalah kerana untuk menjaga imej mereka sebagai seorang selebriti.

Rutin harian mereka juga dipenuhi dengan aktiviti bersenam dengan bermain gim, berjogging dan mengamalkan diet yang seimbang.

Tidak terkecuali, Wawa Zainal pun antara salah seorang selebriti dan juga usahawan popular yang memiliki tubuh kecil molek serta rupa paras yang cantik.

Bila bertubuh kecil molek ni, senang je cik suami nak angkat macam aeril Zafrel mengangkat Wawa sambil menari di hadapan bangunan Eiffel Tower, Paris. Romantik sungguh ye pasangan selebriti ini..

Melihat pada video dikongsi Aeril di Instagramnya, kelihatan jelas Aeril dan Wawa sedang menari berlatar belakangkan bangunan Eiffel Tower di Paris.

Wawa dan Aeril juga sedang bercuti di Paris . Alang-alang boleh honeymoon sekali lah ye..

Sementara itu, video Wawa dan Aeril menari di hadapan bangunan Eiffel Tower telah menerima 647,000 tontonan dan komen daripada warga netizen.

Wawa dan Aeril sentiasa menjadi tumpuan netizen dengan video-video mereka yang melucukan. Ada sahaja video mereka yang dinanti-nantikan oleh netizen.

Seronoknya tengok Wawa dan Aeril dah sampai Paris. Siap menari lagi depan Eiffel Tower. Romantik betul Aeril dengan Wawa ni..

Sumber: Instagram Aerilzafrel

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!