“Tak tau lah daddy selebriti ke anaknya” – Netizen

Sudah menjadi kebiasaan apabila sebahagian anak kepada selebriti Malaysia memiliki populariti yang tinggi seiring dengan ibu atau bapa mereka. Seperti contoh, Siti Aafiyah, Lara Alana, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah serta ramai lagi. Walaupun usia baru setahun jagung, mereka telah mempunyai peminat yang terdiri daripada pengikut di laman Instagram sehingga mencecah puluhan ribu pengikut.

Turut sama, anak tiri kepada Caprice iaitu Aleesya Sofea antara selebriti kanak-kanak yang popular di Instagram. Kelincahan anak kecil ini membuatkan ramai netizen suka melihat gelagat comelnya.

Walaupun usia baru mencecah enam tahun, Aleesya cukup aktif menari dan suka menyakat Caprice. Caprice pun suka melayan anak tirinya dan cukup menyayangi anak kecil ini.

Hubungan Caprice dan Aleesya yang dipanggil Adik ini sangat rapat. Tengoklah mereka berdua, ada sahaja video melucukan daripada mereka.

Caprice dan Aleesya antara menjadi perhatian netizen di Instagram. Rata-rata netizen suka melihat mereka berganding di dalam video.

Baru-baru ini, satu video menunjukkan Aleesya mengikuti trend di Tiktok dikongsi noleh Caprice di Instagramnya. Gelagat lucu dua beranaak ini telah menghiburkan netizen apabila melihat Caprice membawa ‘lari’ Aleesya yang sentiasa lincah menari di hadapan kamera.

Haru biru ye dibuatnya bila Aleesya dah mula aktif main Tiktok ni.. Caprice kena standby join dengan anak kesayangan dia ni hehe..

Dalam pada itu, video Caprice itu telah memuatnaik semula video Tiktok Aleesya dan menerima 240,000 jumlah tontonan dan 16,000 tanda suka.

Netizen sentiasa memenuhi ruangan komen dan memberi pelbagai reaksi termasuklah terhibur dengan gelagat Si cilik Aleesya ini. Salah satu komen daripada netizen juga mendapat perhatian daripada Caprice sendiri.

Gara-gara Aleesya dah pandai main Tiktok, pening kepala Caprice nak handle si cilik Aleesya ni hehe..

Sumber: Instagram Cappricedaddycap

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!