“Maaf Emma klu boleh tak mau kasi dia biasa buat camtu” – Netizen

Setiap anak pasti mempunyai perwatakan dan keunikannya yang tersendiri. Kadang apa dilakukan oleh mereka sekali pun di luar kebiasaan, akan nampak comel. Tambahan pula si kecil yang baru belajar nak berjalan dan bercakap. Lazimnya mereka takkan ‘lut’ dengan sebarang laraangan daripada orang sekeliling. Lihat saj4lah si comel anak kepada pelakon, Emma Maembong ini.

Ada satu tabiat, Shariq Gabriel, 1, kini sudah dikesan netizen iaitu gemar bebenar dia mengg1git termasuklah ahli keluarga sendiri. Sekali pandang memang nampak lucu dan nak tergelak pun ada.

Apa tidaknya, baru-baru ini Raya lalu seperti dikongsikan Emma, Gabriel dilihat menggig1t ibu saudaranya yang juga adik kepada Emma, Chacha Maembong. Dalam hantaran ini, bapanya, Muhammad Shazli pula jadi ‘m4ngsa’.

“Comel betoi lee”, “Haha arshan ni.. sejak salam raya gig1t maksu chacha smpi skrg ye suke menggeget. Comey”, “Maaf emma kalau boleh tak mau kasi dia biasa buat macam tu.”, “Budak ni suka menggig1t”, “Ini kalo dekat taska hbs la semua budak². .sepupu saya dulu ada mcm ni..hbs leb4m² anak org…”. Itu antara komen netizen.

Menariknya, tak kurang juga yang berpesan agar Emma mengawal anaknya agar tidak asyik menggig1t. Berkongsi pengalaman, ramai mengatakan ia boleh terbawa-bawa hingga ke luar rumah hingga orang lain pula yang ‘kena’.

Gamaknya ada juga betulnya, dah kalau menggig1t tu jadi habit, kat luar rumah pun pasti si kecil akan melakukan perkara sama. Selain Emma, eloklah ibu-ibu ada si kecil begini cuba kawal anak tu ya.

Apa pun jika membaca perkongsian kesihatan kanak-kanak tentang perbuatan mengg1git oleh kanak-kanak usia 1 hingga 3 tahun, ia adalah fasa perkembangan yang normal dan kebanyakkannya akan berhenti dengan sendiri selepas mencapai usia tersebut.

Kata Pakar Psikatri dan Pensyarah Perubatan, Dr Rozanizam Zakaria beritahu, walaupun mengg1git pada peringkat umur itu merupakan tabiat normal, ia masih perlu dikawal bagi mengelakkan kecederaan dan kesan jangka masa panjang.

Manakan tidak, kena gig1t kan s4kit, nak pula m4ngsanya pun masih anak-anak kecil juga. Tak ke ‘naya’ nanti budak lain dibuatnya… Tapi rasanya Emma pun mesti dah usaha untuk didik sebaiknya anaknya nan seorang itu.

Raya lalu, Chacha yang duduk bersimpuh hendak bersalaman dengan Emma tiba-tiba digig1t Gabriel. Emma cuba melegakan g1gitan anaknya dan mengalihkan tangan Chacha, tapi agak lucu bila gelagat anak itu yg terus terganga seolah-olah mahu memberikan g1gitan kali kedua.

Sumber : IG Emma Maembong

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!