“Satu sikap dsv yg aku suka, tiap kali bln puasa dia rajin bersedekah”- Netizen

Bersedekah di bulan Ramadan sangat digalakkan dalam Islam. Besar pahala seseorang itu jika sentiasa bersedekah kepada golongan yang memerluukan. Buat Dato Seri Vida, bersedekah antara perkara yang sentiasa dilakukan olehnya lebih-lebih lagi ketika bulan ramadan. Selain bulan ramadan, hari-hari lain juga pun Vida sentiasa menghulurkan sumbangan.

Melihat pada Instagram beliau sebelum ini, Vida sering membantu peniaga dengan membeli semua jualan yang dijual oleh peniaga dan menyumbangkan kepada orang ramai. Dalam masa yang sama, Vida sama-sama menyokong peniaga dan memberi sedekah kepada orang ramai.

Ramai mengenali Vida secara lebih dekat, akui Vida seorang yang pemurah hati dan sentiasa bersedekah. Meskipun selalu viral dengan pelbagai kontroversi dan kerenahnya, Vida ternyata disegani ramai netizen.

Walaupun sudah bergelar jutawan, usahawan popular ini tidak pernah sesekali sombonng dan ceria setiap masa. Tengok karakter vida punn, dah ramai mengenali beliau seorang yang sememangnya ceria.

Baru-baru ini, satu video dikongsi Vida telah menyentuh hati netizen. Video tersebut menunjukkan Vida sedang memberi sumbangan dengan mengagihkan juadah berbuka puasa kepada orang ramai.

Dan datangnya seorang kanak-kanak lelaki yang mengambil juadah berbuka puasa diagihkan oleh Vida. Namun kanak-kanak itu sekali lagi datang menghampiri Vida untuk mengambil foto bersama usahawan popular itu

Vida langsung tidak tolak ajakan anak kecil itu untuk bergambar mesra. Malah lebih mesra dan baik melayan kanak-kanak lelaki itu serta sempat menghulurkan duit kepada dia. Nampaknya Vida ada peminat cilik tau..

Video dikongsi Vida itu telah menyentuh hati ramai netizen dan rata-rata netizen memuji sikap rendah diri Vida yang sentiasa membantu orang-orang memerluukan.

Video itu juga telah ditonton sehingga 279,000 tontonan dan dibanjiri komen netizen. Pelbagai respon positif yang diberi oleh netizen buat Vida.

Alhamdulillah bagusnya keperibadiaan dato Vida. Semoga murah rezeki buat usahawan popular ini. Dato Vida pun baik je layan kanak-kanak.

Sumber: instagram Datoserivida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!