“Mesti rajin tgk drama mak dia berlakon dulu2 ni” – Netizen

Lakonan bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan lebih-lebih lagi ketika harus membawakan babak menangis. Usaha dan minat yang kuat harus ada dalam diri jika ingin mendapatkan jiwa dalam watak tersebut sekaligus menjayakan drama agar lebih kelihatan nyata dan tidak kaku. Bukan sahaja orang dewasa, kanak-kanak kini sudah ramai yang bijak berlakon dan menjiwai watak sehingga mampu membawakan sesebuah babak jauh lebih baik dari orang dewasa.

Nama yang sudah cukup besar dan terkenal dalam industri hiburan dan juga perniagaan, pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ini pernah melalui berbagai cabaran ketika permulaan hubungan mereka telah dihidu oleh pihak media. Pasangan secocok yang sama cantik sama padan ini sering kali mendapat perhatian ramai kerana sikap bersahaja mereka yang sering bergurau serta membuat lawak.

Selain pasangan suami isteri yang sering mendapat sorotan media, ketiga-tiga anak dari pasangan ini juga tidak lari dari populariti yang dimiliki oleh ibu bapa mereka.

Kegiatan sehari-hari dari Ahmad Fakharuddin Attar, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa dan Aya Soffya ini sering dikongsi oleh Wawa dan Aeril di laman sosial Instagram mahupun Tiktok.

Anak kedua dari pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal iaitu Hayla ini terkenal dengan sikapnya yang lebih lincah dan petah bercakap jika dibandingkan dengan anak sulung mereka iaitu Attar.

Lebih mengejutkan lagi apabila Hayla juga mempunyai bakat besar dalam bidang lakonan. Dia dilihat mampu menjadi pelakon cilik terkenal seterusnya yang menerajui industri lakonan tanah air.

Video yang dikongsi oleh Wawa di Instagramnya itu memperlihatkan puteri sulungnya yang sedang menjalani sesi pengambaran untuk drama yang bakal ditayangkan pada hari raya nanti.

Hayla yang kini baru mencecah usia 6 tahun dilihat sangat bagus ketika membawakan watak sedih sehingga mampu menangis dengan sepenuh hatinya.

Apa yang lebih melucukan adalah ketika melihat Wawa sendiri yang juga pada waktu itu turut menemani Hayla.

Jiwanya sebagai ibu juga pelakon terkenal mampu menghayati lakonan Hayla sehingga menitiskan air mata ketika melihat anaknya membawakan watak sedih di set pengambaran itu.

Ruangan komen dibanjiri dengan pujian yang tak terhingga kerana kanak-kanak yang masih kecil itu sudah cukup berbakat untuk berlakon di kaca TV.

Netizen turut mengatakan bahawa Hayla mendapat bakat lakonannya itu kerana sering melihat ibunya berlakon dalam drama dan filem pada waktu dahulu.

Ramai yang sudah tidak sabar lagi nak lihat hasil lakonan dari bakal pelakon cilik terkenal negara iaitu Hayla Maghfiratul Adzkiyaa menjelang tibanya hari raya nanti.

Sudahlah comel, bijak malah kini berlakon pun sudah pandai. Lepas ni bolehlah ajar abang dan adik pula berlakon. Mesti seronok kalau dapat lihat ketiga-tiga beradik ini berlakon dalam satu drama.

Sumber: Instagram Wawa Zainal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!