“Syukur anak mak dah berubah” – Jasmin Hamid

Kalau dah pelawak tu, pelawak juga. Buat apa pun nampak lucunya. Itulah yang boleh dilihat pada pelakon yang sudah lebih dua dekad berkecimpung dalam dunia seni ini. Agak mencuit hati, dalam banyak-banyak lakonannya di kaca televisyen, antara watak yang paling diminati pada dirinya ialah Barkoba atau geng plastik hitam seorang pemuda yang malas berpuasa di bulan Ramadan. Sehingga kini kalau lihat wajah pelawak Bell Ngasri, penonton akan melabelkannya dengan perbuatan itu. Begitupun, ia diambil positif oleh Bell.

Ingatan netizen pada wataknya itu sudah pasti memperlihatkan betapa melekatnya watak Barkoba itu di hati penonton. Hinggakan rakan artis juga sudah maklum akan ‘label’ penonton pada dirinya itu hingga acap kali menjadi bahan lelucon untuk mengusiknya.

Selalu bertemu sebagai anak seni dan berlakon dalam drama sama, pelakon Jasmin Hamid yang pernah memegang watak mak kepada Bell juga memberikan komen dalam hantaran terbaharunya itu yang sedang diinterviu wartawan tentang mukanya yang dicop ‘tak berpuasa’ itu.

Ketika mengulas akan dirinya sering digunakan sebagai ‘ikon tak puasa’, kata Bell itu juga merisaukan dirinya, tapi dia hendak membuktikan bahawa dia berpuasa. Gamaknya itu sebabnya Jasmin menitipkan komen bersahaja “Syukur anak mak dah berubah”.

Dalam pada itu, menurut Bell, dia tak menyangka watak itu melekat pada dirinya hingga tiap kali tiba bulan puasa mukanya akan digunakan sebagai ‘ikon’ seumpamanya.

Dia dalam masa sama memberitahu akan ke Mekah dan dalam gaya mencuit hati berharap tuhan memberikan pengampunan dek wataknya itu.

Begitupun, Bell dalam perkongsiannya dengan sebuah akhbar berharap agar peminat mengambil pengajaran baik daripada lakonannya itu, manakala yang sebaliknya dijadikan sempadan agar tak mengikut watak negatif dilakonkan.

Tak pasti pula sama ada hantarannya itu rakaman pada tahun lepas atau terbaharu memandangkan pada tahun lalu sebelum ke Mekah juga Bell pernah ditemubual tentang perihal sama. Apa pun ‘ikon tak puasa’ itu sama masih ‘dipegangnya’ kan….

“Bagus Bell ni, ikon je, dia tak amik hati pun alhamdulillah”, “Watak Barkoba akan jadi lejen masa bulan puasa, terima kasih Allahyarham Mat Khalid”, “Xpe jadi ikon tak puasa sebab watak pun orang suka dan sayang. Org tak ley nak benci Bell ni” . Itu antara komen netizen.

Tak kurang menitipkan tentang wajahnya yang sememangnya lucu sesuai sebagai ‘ikon’ itu, begitupun berharap agar Bell tak berkecil hati dengan gelaran diberikan padanya itu. Dalam masa sama, apapun ramai juga mengucapkan selamat jalan kepada Bell yang akan menjalani ibadah Ramadan di Mekah.

Bell, 42, merupakan anak kepada bekas penyiar terkenal, Ngasri Sain dan adik kepada Naszeli Ngasri serta abang kepada Anne Ngasri dan Darling Ngasri. Adik beradiknya juga mempunyai bakat lakonan dan juga berdar4h seni.

Sumber: IG Bell Ngasri

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!