“Tarian ini mcm lagu bollywood, pyar dilon ka mela hai” – Netizen

Industri hiburan Bollywood antara yang menjadi kesukaan ramai di seluruh dunia. Cakap sahaja lagu-lagu Bollywood yang popular, peminat Bollywood pasti sudah tahu meneka lagu dan penyanyi. Industri hiburan dari filem hinggalah lagu Bollywood tidak pernah mengecewakan peminat-peminatnya di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Tidak terkecuali, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel pun peminat lagu-lagu Bollywood tau.

Tengok pada video klip mereka menyanyikan lagu Bollywood, memang hebat betul mereka. Hafal lirik dengan penuh tau.

Sebelum ini juga, pasangan romantik ini pernah popular dengan video klip mereka yang berlatar belakangkan lagu Bollywood kesukaan mereka.

Apabila sudah lama tidak melihat mereka menyanyikan lagu Bollywood dan menari tarian bollywood, baru baru ini Wawa bersama Aeril telah buat come back dengan nyanyian lagu kesukaan Bollywood mereka.

Posting video oleh Wawa di Instagrammya telah mencuri perhatian ramai apabila rata-rata netizen sudah tahu lagu kesukaan mereka yang dinyanyikan dalam sebahagian babak video klip tersebut yang dikongsi Wawa.

Babak video klip yang dikongsi Wawa itu kelihatan dirinya bersama suami menari dan bernyanyi lagu Bollywood. Rata-rata netizen sudah dapat meneka lagu yang mereka nyanyikan dan tidak sabar untuk melihat video klip penuh itu.

Sementara itu, video dikongsi Wawa telah menerima 410,000 tontonan dan 226 komen pada posting tersebut.

Ramai netizen kelihatan teruja melihat gandingan Wawa dan suaminya yang kelihatan romantik itu. Mereka antara pasangan selebriti yang sentiasa berkongsi video romantik dan sentiasa menerima tontonan yang tinggi.

Netizen juga tidak ketinggalan mendoakan yang terbaik buat pasangan ini dan kebahagiaan mereka sekeluarga.

Seronoknya tengok Wawa dan Aeril buat video klip ala-ala Bollywood. Cepatlah keluar full video, nak tengok hehe..

Sumber: Instagram wawazainal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!