“Fuhh Emma ghisau”- Ray Era

Setiap wanita seeloknya perlu mengambil tahu tentang seni pertahan diri supaya kita boleh bertindak apabila sesuatu perkara yang tak diingini berlaku. Kadang kala kita tak tahu bahaaya yang mendatang seperti contoh kees rag0t yang sering kali berlaku di Malaysia. Selain mengamalkan senaman, ambil sedikit masa untuk belajar seni mempertahankan diri seperti salah seorang selebriti tempatan iaitu Mimi Lana.

Melihat pada rutin harian Mimi Lana, beliau mengamalkan gaya hidup sihat dengan sentiasa bersenam untuk memiliki tubuh yang cantik dan sihat. Selain bersenam, Mimi Lana mengambil peluang belajar cara mempertahankan diri.

Walaupun Mimi Lana sibuk dengan kerjaya lakonannya, beliau tetap meluangkan masanya dengan aktiviti sihat. Buktinya beberapa posting Lana di Instagram dan IG story beliau.

Malah baru-baru ini, Mimi Lana memuatnaik satu video di Instagram membuatkan ramai netizen kagum dengannya.

Video tersebut jelas menunjukkan Mimi Lana sedang belajar mempertahankan diri bersama salah seorang jurulatih di gimnasium.

Aksi Mimi Lana ‘terbang’ dalam video tersebut cukup memukau. Bukan mudah ya aksi yang dilakukan Mimi Lana.

Jarang sekali kita lihat golongan wanita melakukan akai tersebut kerana kebiasaannya aksi demikian dilakukan oleh pembawa watak utama dalam filem aksi.

Atau Mimi Lana belajar melakukan aksi tersebut demi sebuah filem terbarunya? Mungkin yaa atau mungkin juga tidak.

Sementara itu, video dikongsi Mimi Lana telah meraih 207,000 tontonan dan ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai reaksi daripada netizen serta peminat-peminatnya.

Ramai juga netizen sengaja mengusik Mimi Lana menerusi komen mereka dan cukup melucukan.

Power betul Mimi Lana belajar aksi ‘terbang’ macam itu. Sekali-sekala belajar apa salahnya kan hehe.. Mimi Lana pun maintain cantik je walaupun tengah bersenam. Good job Mimi Lana.

Sumber: Instagram Mimilana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!