“Gambar masa umur 12 tahun sangat kelakar” – Netizen

Sama cantik sama helok. Ke mana saja pasti berdua. Kini menyambung pengajian di United Kingdom (UK) selama tiga tahun juga bersama-sama. Ramai yang suka melihat pasangan ini. Kedua-duanya, Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin sentiasa mendapat restu ibu bapa yang juga pelakon, Azhar Sulaiman dan isteri, Chempaka Emalin Pahamin.

Cemerlang dalam keputvsan Sijil Pelajaran Malaysia, kedua-duanya dikhabarkan menyambung pengajian dalam jurusan undang-undang di negara Uncle Sam berkenaan.

Melihat kebersamaan mereka ke mana saja, pasti sekali imbas ramai menyangkakan mereka pasangan kek4sih bukan? Namun bukan ya… mereka kembar yang juga merupakan anak Azhar dan Chempaka.

Menjadi influencer di medsos apatah lagi imej s3ksi dan keterbukaan yang dibawanya, tentu ramai saja yang kenal dengan Leona. Tapi yang bukan pengikutnya, Azhar mahupun isteri, tentu tak tau lagi.

“Kalau lah org xkenal mesti salah sangka korg sbg psngan kek4sih kan?”, “Waittttt u have a twin??? I thought hes ur cousin or sumtng”, “Kembar ke?”,”Best friend/twins for life”.

Itu antara komen netizen. Yang pasti ramai yang tak sangka mereka adik-beradik kembar hinggakan ingat keduanya sepasang kek4sih. Lagipun jarang juga mereka berfoto bersama.

Terdahulu Leona dalam hantaran dikongsikannya menulis kapsyen, ‘Love u 4 life’ yang pastinya ditujukan buat Rees. Dia juga berkongsi foto mereka bersama dari usia baby hinggalah 21 tahun ini.

Momen yang dikongsikannya juga mencuit hati dan menarik perhatian netizen terutamanya pada foto pada usia 12 tahun. Ketara betul perbezaan ketinggian fizikal Leona dan Rees. Macam bukan kembar pulak.

Apa pun jika dilihat pada masa ini, Rees lebih tinggi dan wajahnya juga sudah menampakkan kematangan umur. Padanlah ramai ingat mereka sepasang kek4sih pulak.

Selain Leona dan Rees, Azhar Sulaiman juga mempunyai seorang lagi anak, Kasih Leia Exora yang juga yang sulung. Kembar mereka ini juga mengikut jejak langkah Azhar yang menyambung peringkat ijazah di Universiti Newcastle Upon-Tyne, UK.

Sumber : IG Kasih Iris Leona

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!