“Salama pun diam la dgr mak nya karok gitu” – Netizen

Bukan senang nak memasak jika mempunyai ‘askr-askr’ yang masih kecil di rumah. Kadang bukan kata memasak, nak memerut pun tak tenteram jika anak kecil meragam. Tambahan pula jika seseorang wanita itu baru bergelar ibu, mesti kelam-kabut juga dibuatnya kalau nak melakukan kedua-duanya dalam masa sama. Begitupun, kini bergelar ibu anak tiga, pelakon, Syatilla Melvin ini berjaya membuktikan sebaliknya.

Melihat perkongsian video isteri kepada aktor, Shaheizy Sam ini nampaknya memang agak mencuit hati netizen. Mana tidaknya, dengan memegangnya bayinya yang masih ‘merah’, Syatilla masih boleh memasak dengan mudah.

Menariknya, bayi dikendongnya itu bukan dalam keadaan biasa-biasanya, sebaliknya sedang menangis sakan pulak tu… Kalau baharu bergelar ibu, biasanya dah menggelabah dengar budak men4ngis sebegitu.

Pun demikian, Syatilla kelihatan relaks sahaja daripada aksi pertamanya hendak menerangkan tentang makanan siap diperap hendak dimasak, membuka peti sejuk yang kemudian memasukkannya di kuali panas.

Siap boleh menyanyi-nyanyi lagi Syatilla yang sambil mendukung bayinya sempat lagi memasak. Kalau tak biasa jangan buat ya. Takut panas minyak kat dapur tu pulak. Ramai netizen di ruangan komen yang kagum bila melihat keadaannya sebegitu.

“Anak naangis pun steady je”, ‘Salama pun diam la dgr mak nya karoke gitu”, “Suami lapar? Anak2 lapar? Last2 mummy je yg mkn hheehhee”, “Tila ni x lawak x sah..”. Itu antara komen netizen.

Yang bagusnya ada pula perbincangan dalam kalangan netizen yang bersetuju dengan apa dilakukan Syatilla. Walau bagaimanapun bayi menangis tetap kena buat kerja, kalau tak satu pun tak ‘jalan’ dibuatnya.

Tapi lihatlah gaya menangis anak Syatilla dalam video ini. Tak kurang mengakui di ruangan komen Syatilla itu, kalau dengar bayi menangis ‘teriak’ begitu boleh bikin stres. Tapi boleh pulak Syatilla cool saja.

Pastinya pengalaman sudah mendewasakan seseorang itu. Begitu juga dengan Syatilla. Hasil perkahwinan dia dan Sam, mereka dikurniakan seramai tiga cahaya mata. Syatilla baharu melahirkan anak bongsunya itu Mei lalu.

Sekadar info, Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016, sebelumnya sudah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samhiezy, 5, dan Sarima Samhiezy, 2 tahun.

Sumber : IG Syatilla Melvin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!