“Mesti kwn2 tanya daddy awak angkasawan ke, betul ke” – Netizen

Ibu bapa merupakan idola kepada anak-anak. Bagaimana tabiat ibu bapa, itulah yang akan diikut oleh anak-anak mereka. Biarpun mereka mempunyai idola lain seperti mengidolakan pemain bola sepak, tokoh usahawan dan sebagainya, tetapi ibu bapa juga merupakan rujukan mereka tanpa disedari. Sebab itulah, kita digalakkan untuk melakukan perkara yang elok di depan anak-anak.

Bila disebut tentang tokoh angkasawan negara, pasti semua sudah sedia maklum tentangnya, iaitu Dr Sheikh Muszaphar. Masih ingat tak waktu ketika seluruh warga negara berbangga dengannya ? Satu Malaysia tunggu depan kaca tv menonton detik-detik bersejarah tu.

Beliau yang merupakan angkawasan negara pertama ke angkasa pada tahun 2007 masih mekar lagi di ingatan detik-detik bersejarah tersebut, yelah angkasawan Malaysia pertama yang dihantar ke stesen angkasa kot.

Sememangnya iainya membuatkan seluruh warga Malaysia berbangga dengannya. Apatah lagi ahli keluarga nya, anak-anak dan isterinya, mestilah lagi bangga kan.Dr Sheikh Muszaphar ada memuat naik video di Instagramnya.  Apabila anaknya Bella yang membaca buku terpampang  gambar daddy nya itu.

Dr Sheikh Muszaphar yang memuat naik video beserta caption yang berbunyi Bella sangat bangga membaca tentang daddynya. Dia pulang dari sekolah dan pel0k saya.

Tu pun sebab kawan-kawan dia baca dalam Buku Sejarah darjah lima berkenaan saya ke angkasa dan dia tanya banyak soalan kepada saya.

Siapa je tak bangga ayah nya seorang tokoh terkenal, jika kita berjiran dengan Dr Sheikh Muszaphar pun pasti kita turut berbangga ada jiran seperti beliau. Betul tak ? Kalau bukan usahawan pun, berjiran dengan orang ternama pun kita akan rasa bangga dan cla1m bahawa mereka adalah jiran kita.

Antara komen netizen ialah Suka quote Dr tu… Saya pun macam tu. Saya pegang, keturunan saya hari mendatang perlu lebih baik drpd saya hari ni.

Jadi ianya bermula drpd bagaimana saya parenting anak2 saya hari dan bagaimana saya doa dan harap Allah pandu anak2 dan keturunan saya untuk hari mendatang. Atas semua usaha, tetap Allah SWT berhak menentukan hasil akhirnya. Teruskan beri inspirasi kpd kami ye Dr Sheikh

Dr. Muszaphar juga seringkali berkongsi tentang parenting skills di laman Instagramnya. Jadi, bolehlah ke ig beliau untuk mengetahui tips yang sangat berguna tu. Semoga mendapat manfaat. Mana tahu anak kita boleh jadi angkasawan sepertinya.

Pun begitu, juga harus diketahui bahawa, tidak kisahlah siapa orang tua kita, sama ada orang terkenal atau pun tidak. Kita harus berbangga dengan mereka, kerana mereka banyak berjasa kepada kita. Tanpa mereka, siapalah kita hari ini.

Sumber: Ig Drsheikhmuszaphar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!