“Geram je blur2 mintak ulam pulak Abg Kilau ni”- Netizen

Penangan filem Mat Kilau semakin hebat dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya buat mereka yang berbangsa melayu. Siapa sangka, filem bersejarah hasil kerja produksi Shamsul Yusof telah berjaya meraih kutipan 84 juta setelah ditayangkan selama 24 hari. Memang betul-betul fenomena yang luar biasa dan filem arahan Syamsuul Yusof sekali lagi pecah panggung mengatasi filem Munafik 2.

Bukan setakat filem sahaja yang popular, nama Dato Adi Putra pun masih menjadi bualan hangat netizen dengan lakonannya yang cukup hebat. Jarang sekali lakonan Adi Putra mengecewakan, pasti menjadi dan sesuai dengan watak yang diterima.

Populariti Adi Putra pun kembali menjadi tinggi lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat wanita. Sejak memegang watak Mat Kilau, ramai menggelarkan Adi Putra sebagai Abang Kilau. Wah dah ada nama baru ye hehe..

Rezeki buat Adi Putra pun semakin banyak apabila beliau juga dijemput menjadi pelakon bagi iklan produk Pak Mat Western.

Dengan hasil idea iklan tersebut yang dikongsi oleh instagram Pak Mat Western itu, maka terciptalah satu kisah rekaan yang menampilkan Adi Putra dalam iklan berkenaan. Malah ia salah satu teknik marketing produk kambing perap itu.

Dalam iklan produk berkenaan, gelagat Adi Putra mencuri tumpuan ramai netizen dan lakonannya pun menghiburkan netizen.

Kreatif betul jalan cerita dalam iklan tersebut, memang level iklan antarabangsa hehe..

Kehadiran Adi Putra dalam iklan tersebut telah menarik lagi ramai tontonan di setiap laman sosial media termasuklah di Tiktok.

Malah netizen juga memuji lakonan Adi Putra yang sentiasa maintain hebat walaupun tidak senyum langsung hehe..

Baru tengok iklan, tapi feeling dia macam tengah tengok filem Mat Kilau hehe.. Sempoi je Abang Kilau nak makan ulam dengan nasi je.

Sumber: Instagram pakmatwestern

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!