“Terubat rindu masa Siti muda2 dulu”- Netizen

Dato Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra di sapa sebagai Tokti merupakan seorang penyanyi dan usahawan terkenal di Malaysia. Tokti telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohd Jiwa sekitar tahun 2006. Perkahwinan pasangan tersebut sehingga kini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia 4 tahun dan Muhammad Afwa yang kini berusia 1 tahun.

Tanggal 19 Mac 2018 telah menjadi hari yang paling gembira dalam kehidupan penyanyi nombor satu negara iaitu Dato Seri Siti Nurhaliza apabila doa beliau selama ini untuk mendapatkan zuriat telah di kabulkan oleh Allah swt.

Penantian beliau bernoktah apabila beliau di kurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Siti Aafiyah. Kelahiran Siti Aafiyah telah menambah seri dalam kehidupan rumahtangga beliau dan suami yang hampir 11 tahun menantikan zuriat.

Aafiyah yang kini menginjak usia 4 tahun juga sudah memulakan sesi persekolahan di sebuah sekolah swasta. Walaupun memperoleh Aafiyah di usia agak lambat namun Tokti berazam untuk menjadi seorang ibu yang mampu memberikan ilmu dan didikan agama yang secukupnya buat Aafiyah.

Beliau juga berhasrat untuk memantapkan ilmu keibubapaan bagi memberikan yang terbaik buat Aafiyah. Ramai juga yang berkata bahawa semakin membesar, wajah Aafiyah sudah hampir seiras dengan wajah ibunya ketika zaman muda.

Malahan hal tersebut juga turut di akui sendiri oleh Tokti apabila pernah berkongsi satu video beliau secara berseloroh memanggil anaknya itu “Hai Siti Nurhaliza kecik” sekaligus mengakui bahawa wajah anaknya itu seiras benar dengan wajah dirinya sendiri.

Menerusi satu perkongsian di Instagram Aafiyah, satu video telah di kongsikan buat tatapan para peminat. Di dalam video tersebut Tokti telah merakamkan gelagat anak perempuannya itu sudah bersiap awal untuk keluar meskipun ketika itu Tokti sendiri masih belum bersiap.

Tokti meminta Aafiyah supaya tunggu sebentar dan memberikan masa beliau bersiap pula. Mendengarkan permintaan ibunya itu, Aafiyah hanya tersenyum dan mengangguk.

Menjengah keruangan komen, rata – rata peminat Tokti memuji raut wajah Aafiyah yang tersenyum manis dan murah dengan senyuman.

Menurut netizen lagi, baju klasik and rambut yang di gayakan Aafiyah menyerlahkan lagi wajahnya yang seiras Tokti semasa muda sambil menyanyi lagu-lagu klasik.  Berikut dikongsikan pula komen- komen netizen terhadap hantaran berkenaan.

Siapa sangka, Tokti yang dahulunya di uji dengan dugaan lambat memperolehi zuriat kini sudah mempunyai dua orang anak. Cantik dan manis sungguh Siti Aafiyah ni ya.

Malahan anak sulungnya juga sudah menginjak usia empat tahun. Aafiyah membesar menjadi anak yang sangat mewarisi kelakuan dan keperibadian ibunya.

Walaupun baru berusia empat tahun namun Aafiyah sangat bijak dan petah bertutur. Semoga Aafiyah membesar menjadi anak yang solehah dan mampu membahagiakan ibu dan ayahnya kelak.

Sumber: ig aafiyah khalid

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!