“Libasan kain tu main peranan, di pentas AJL nanti libas kuat lagi naaa” – Netizen

Mempertahankan nama dan bakat diri dalam industri hiburan yang kian silih-berganti dengan artis dan nama-nama baharu adalah perkara yang cukup sukar. Jika bakat dan usaha yang ditunjukkan adalah setanding dengan industri hiburan yang berubah mengikut waktu, maka dapatlah seseorang artis itu mempertahankan nama dan platform tetap mereka dalam mencari rezeki halal.

Siti Nordiana atau lebih dikenali sebagai Nana ini memang sudah menjadi penyanyi kesukaan ramai sejak tahun 2000 lagi. Berpengalaman selama lebih 21 tahun dalam industri hiburan, pasti telah banyak liku-liku kehidupan dan cabaran yang harus dilalui oleh Nana untuk kekal hingga ke hari ini sebagai artis kegemaran warga Malaysia.

Nama besarnya sudah mula ditempa dalam industri hiburan sejak menjadi rakan duet yang juga merupakan sahabat baiknya iaitu Allahyarham Achik Spin. Siapa sangka dengan kehebatan bernyanyi yang dimiliki olehnya itu sering menjadi bualan sehingga kini mampu menyenaraikan diri dalam pusingan akhir Anugerah Juara Lagu yg ke 36.

Bertanding dengan bukan calang-calang penyanyi, tiada siapa yang sangka akhirnya lagu nyanyiannya yang bertajuk Angkara hasil ciptaan komposer terkenal Sharon Paul dan lirik yang ditulis oleh Fedtri Yahya mampu melayakkan diri ke pusingan final.

Bukan sahaja Nana dan rakan seperjuangan lagu Angkara yang cukup gembira dengan keputusan itu, ribuan peminat juga turut berpuas hati dan teruja mendengar keputusan dari pihak juri professional.

Video terbaru menunjukkan penampilan Nana dalam separuh akhir itu ternyata telah menjadi bualan ramai. Nana yang mengenakan pakaian berwarna serba ungu dengan skirt labuh dan kembang pada malam itu ternyata sering melibaskan kainnya sewaktu berjalan malah ketika membuat persembahan di atas pentas.

Netizen mengatakan bahawa perbuatan spontannya yang melibaskan kain pada malam itu telah memainkan peranan penting dalam kejayaannya menyampaikan lagu tersebut dengan cukup baik sekali sehingga sampai ke hati para penonton.

Ramai yang memuji persembahan yang dibuat oleh Nana dalam separuh akhir AJL 36 tersebut apabila dia dikatakan menyampaikan lagu tersebut dengan sepenuh hati dan berjaya menyentuh hati para penonton dengan bait-bait lirik yang juga cukup puitis dan bermakna.

Walaupun gembira dengan kejayaan yang diraih, Nana masih tidak lupa dengan anggota crew di sebalik tabir pembikinan video lagu Angkara yang telah kembali kerahmatullah.

Memang ramai yang suka dan puas hati dengan persembahan Nana dalam separuh akhir. Tak sabar rasanya nak tengok Nana beraksi atas pentas besar akhir pula selepas ini.

Sumber: Instagram Siti Nordiana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!