“Ella musl1mah tapi tetap r0ck”- Netizen

Siapa yang tidak kenal dengan pemilik nama Ella Aminuddin atau lebih di kenali sebagai Ratu Rock Malaysia. Ella atau nama sebenar beliau Nor Zila binti Haji Aminuddin merupakan seorang penyanyi lagu rock dan pelakon terkenal di Malaysia. Beliau mulai aktif sejak tahun 1985 sehingga kini. Artis yang tumbuh bagai cendawan kini masih tidak mampu menggugat gelaran beliau sebagai Ratu Rock Malaysia.

Ella berasal daripada Gelugor Pulau Pinang. Anak jati Pulau Pinang ini juga mempunyai seorang anak saudara perempuan yang juga turut mengikuti jejak langkah beliau sebagai seorang penyanyi iaitu Kaka Azraff.

Pada awalnya Ella mula bergiat aktif sebagai penyanyi bersama sebuah kumpulan rock iaitu Ella and The Boys bagaimanapun, beliau kemudiannya memutuskan untuk bergerak solo sekitar tahun 1988.

Selain menyanyi, Ella juga pernah terlibat sebagai salah seorang juri menerusi rancangan nyanyian All Together Now serta The Masked Singer Malaysia.

Menyingkap sisi peribadi beliau, Ella mendirikan rumah tangga dengan Kapten Azhar pada tahun 2012. Karakter manja begitu sinonim dengan dirinya sehingga kini, tagline beliau “Ella rasa” sering menjadi usikan para peminat.

Seiring dengan arus kemodenan dan teknologi, ramai artis yang menjadi platform Instagram atau mana- mana media sosial sebagai medium untuk berhubung dengan para peminat mereka termasuk lah Ella.

Ella yang masih aktif sehingga kini dengan pelbagai aktiviti seni juga sering berkongsi aktiviti nyanyian dan persembahan akan datang beliau bersama para peminat menerusi Instagram.

Terbaru, Ella berkongsi satu video yang memaparkan aktiviti terbaru beliau untuk mengadakan persembahan di Singapura. Video berkenaan memaparkan Ella sedang mengadakan “rehearsal” nyanyian bersama pemuzik sebelum berlangsungnya persembahan sebenar.

Namun begitu suaranya yang masih padu dan ‘maintain’ begitu menarik perhatian netizen. Mesipun Ella sudahpun berhijrah dengan mengenakan selendang dan topi namun beliau masih mengekalkan identiti rocknya.

Memetik komen seorang Netizen di ruangan komen, meskipun Ella berpenampilan muuslimah namun gaya beliau sebagai seorang ratu rock sudah pun sebati dengan dirinya. Peminat juga kagum dengan penampilan beliau yang awet muda serta masih lagi bertenaga untuk melakukan persembahan.

Malahan pembawakan dirinya masih lagi kekal dengan jiwa rockers di sebalik penampilan muuslimah dan ayu. Ella juga yang kini sudah meniti usia 50an kelihatan langsung tidak di mamah usia dan masih lagi kelihatan awet muda. Suara beliau juga masih mantap dan masih kekal seperti sebelum ini.

Sumber: ig ella aminudin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!