“Dayyan sangat ber4ni sejak kecil lagi” – Netizen

Setiap anak memang berlainan perangai, tingkah laku, tumbesaran, dan cara membesar juga cara didikan pun berbeza. Bukan semua perlu sama kerana berlainan jantina dan sikap matang boleh membuatkan mereka semakin membesar dan matang pada usia mereka. Pada usia 4 tahun sudah diberikan menunggang motorsikal skuter, sekarang pada anaknya usia 6 tahun beliau memberikan kebenaran untuk menyelam.

Dayyan, 6, anak kepada Bl4ck Hanifah Mentor, memang telah diajar dengan aktiviti lasak. Ayahnya juga seorang yang gemarkan aktiviti lasak seperti bermotor cross dan berskuba. Begitulah apa yang diminati ayahnya, si anak sulung ini pun akan meminati juga perkara tersebut.

Bak kata orang apa yang diminati ayah, itulah yang diminati anaknya. Tetapi semua pasti telah diperiksa dan keselamatan pastinya diutamakan. Tidak semua yang ber4ni untuk menyelam sedalam 5 meter, namun anak Bl4ck Hanifah ini sangat ber4ni.

Bukan saja itu, malah Dayyan memang tidak sabar akan menyelam meskipun tanpa ayahnya disisi. Seratus peratus kepercayaan diberikan kepada jurulatih. Apatah lagi untuk kali pertama, patutnya adalah sedikit ketkutan tetapi Dayyan tidak malah lebih teruja dan tidak sabar untuk menyelam.

Didalam video tersebut memang ramai yang menyertai, mendapat lebih 5 ribu sukaan dan hampir 100 ribu tontonan video yang dikongsikan. Komen hampir 100 jumlah komen diberikan. Rata-rata menyokong sikap Bl4ck yang telah mendidik anak menjadi seorang yang ber4ni dan sukakan cabaran yang adventure.

Dayyan anak sulung kepada Bl4ck dan isteri, dan beliau juga sukakan muzik. Sama seperti ayahnya, malah kat rumahnya beliau memiliki set permainan alat muzik kerana beliau akan memainkan muzik ketika ayahnya juga sedang berlatih.

Dayyan memang seorang yang ceria dan peramah, malah beliau lebih ramah apabila berjumpa orang yang tidak dikenalinya. Beliau juga pandai melawak, dan pada tiap butir katanya akan diselit dengan kelucuannya. Seronok melihat ayahnya menyakat beliau, pasti beliau akan membalasnya.

Inilah komen-komen netizen, ramai yang menyokong Bl4ck. Ramai yang mengatakan Dayyan memang sudah biasa melakukan aktiviti lasak, sejak dari kecil lagi. Inilah antara komen-komen netizen.

Dayyan juga ada lagu bersama ayahnya Bl4ck Hanifah, dan didalam lagu tersebut ketika Dayyan berusia 4 tahun. Meskipun bukan lirik yang jelas tetapi suaranya boleh menjadikan lagu tersebut popular.

Sumber: ig bl4ckhanifah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!