“Lagi manis kalau Arumi bertudung” – Netizen

Drama Bisik-Bisik Cinta juga tidak kurang hebatnya, mendapat juga sambutan penonton yang menantikan episod seterusnya dan seterusnya. Tidak kurang juga para pelakonnya hebat-hebat belaka. Begitu juga apabila Raisya Senrose dan Redza Rosli digandingkan bersama-sama didalam drama ini, malah babak yang manis pun ada. Jadi ramailah yang berbunga-bunga apabila menonton episod dan babak dalam drama ini.

Didalam setiap babak pastinya ada dimuatnaik oleh pihak-pihak tertentu, ketika babak di episod 20, Jad (Redza) meminta Arumi (Raisya) memakai tudung. Malah siap memuji lagi jika Arumi memakai tudung pasti akan lebih ayu dan manis.

Sebenarnya ramai yang tidak berpuas hati dengan babak-babak yang dipertontonkan. Ada bahagian yang netizen tidak suka dan tidak sepatitnya terjadi dek kerana berfikiran logik. Tapi penonton pun harus tahu, nama pun drama tv, bukan.

Jika Arumi bertudung, memang manis. Apatah lagi jika benar-benar bertudung, setiap wanita yang bertudung ada keunikkannya sendiri malah pastinya mempunyai kecantikkan dimata lelaki jika semua wanita bertudung dengan sopan santun.

Sedang Arumi berehat ketika didalam pejabatnya, iklan tudung keluar didalam telefon bimbitnya, kemudian terkenang pula babak dimana Jad mengatakan bahawa jika beliau bertudung pasti nampak manis, jadinya mungkin Arumi akan bertudung didalam drama tersebut. Ya kerana watak sebegitu.

Raisya dan Redza memang rapat dan mendapat keserasian ketika berlakon, mereka juga mudah untuk bekerjasama di set penggambaran. Lagi pula ini bukanlah kali pertama digandingkan, jadinya ia lebih membuatkan kerja mereka senang.

Ramai peminat mereka, apatah lagi jika mereka digandingkan. Sehinggakan peminat membuatkan akaun ig raisyaredza. Lagipun mereka masing-masing bujang, jadi pasti akan dikenenkan sama ada peminat mahupun rakan-rakan.

Antara komen-komen netizen mengatakan ada juga babak yang kurang digemari, namun masih ada penonton yang menyukai babak-babak terkini dek kerana sudah banyak moment yang Arumi bersweet dengan Jad.

Redza seringkali mendapat watak utama, dan wataknya pasti berjaya meskipun berimej jambang, juga seperti Raisya juga yang selalu mendapat watak utama dan semoga mereka murah rezeki amin.

Sumber: ig tv3malaysia

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!